Siakap Keli
5 jenis posing plus size
Kredit X/@dyeanarose

Sorok Tangan, Wanita Kongsi 5 Jenis “Posing” Gambar Cantik Khusus Untuk Gadis “Plus Size”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sorok Tangan, Wanita Kongsi 5 Jenis “Posing” Gambar Cantik Khusus Untuk Gadis “Plus Size”

Ramai orang akan mengambil peluang untuk bergambar walau di mana sahaja dirasakan lokasi menarik dan memberikan memori kepadanya.

Setiap gambar yang diambil kebiasaannya akan dimuat naik ke media-media sosial untuk tatapan umum dan sebagai simpanan.

Selain itu, setiap gambar yang diambil pasti mempunyai cerita dan memori yang menarik untuk dipotretkan menjadi kenangan.

Namun tidak semua orang di muka bumi ini suka bergambar, terutamanya bagi mereka yang berbadan besar atau gempal.

Kerana bagi mereka, gambar yang diambil tidak menarik dan memberikan kesan negatif kepada diri sendiri.

Jangan risau, dalam perkongsian SK pada hari ini, kami akan berkongsikan tips bergambar bagi mereka yang berbadan gempal.

Perkongsian tips itu telah dikongsikan oleh seorang wanita menerusi hantarannya di laman X yang bernama @dyeanarose.

Oleh itu, tanpa membuang masa mari kita ikut perkongsian tersebut seperti di bawah.

Sebagai seorang plus-size memang insecure bila nak bergambar. Susah nak dapatkan pose cantik.

Tapi sekarang dah ok (sikit). Ada tengok contoh/tips di pinterest untuk nampak cantik dalam gambar. Jadi, nak kongsi disini juga.

Boleh tengok contoh / tips disini:

1. Handbag pose

Pastikan pose badan yang nampak sedikit curvy (tapi jangan keterlaluan).

Guna konsep (V atau A pose)

V pose = Jika silang kaki, pastikan posisi tangan / lengan terbuka

A pose = Jika pose kaki terbuka, dekatkan / sorok tangan di badan

2. Pose dengan memegang aksesori

Sesuai untuk individu yang insecure dengan bahagian lengan atau tangan. Pose ini akan ketengahkan bahagian lengan dengan pergerakan lebih cantik dan menarik. 

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

3. Full body pose

Untuk gambar full body, boleh ikut pose di bawah ni, 100% gambar ootd nampak cantik!

4. Mirror selfie pose

Salah satu pose yang popular dan mudah untuk bergambar. Biasanya apa-apa pose memang gambar nampak cantik. 

5. Motion / movement pose

Boleh cuba pelbagaikan pergerakan pose seperti berjalan, angkat tangan (cute pose). Atau boleh cuba pelbagaikan random pose, elak badan nampak kaku.

Semoga perkongsian pada kali ini dapat membantu pembaca untuk mendapatkan gaya bergambar yang sesuai walaupun dengan memiliki saiz badan yang gempal.

Sumber: X/@dyeanarose

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.