Sebelum Tebar, Ini Cara Tenyeh Doh Roti Canai Dengan Betul
Sebut sahaja roti canai, pasti ramai antara kita di sini yang menyukai keenakan roti ini. Terkenal sebagai makanan yang sering menjadi santapan pagi bersama kuah dal, ia memberikan kepuasan dan mampu menambat hati sesiapa sahaja.
Kebiasaannya, sementara menunggu makanan ini sampai di atas meja, kita juga sering disajikan dengan persembahan menebar roti canai di sesetengah kedai. Bahkan pertandingan ‘menebar roti canai’ juga sering dianjurkan badan-badan atau pihak tertentu di dalam negara.
Bukan sahaja itu, roti canai juga menjadi salah satu makanan jalanan paling digemari di dunia kerana pernah menduduki tangga pertama dan kedua dalam carta Taste Atlas pada tahun 2022 dan 2023.
Meskipun terlihat mudah di mata, namun proses pembuatannya memerlukan kemahiran khusus untuk menghasilkan roti canai yang sedap dan terbaik.
Hari ini pihak SK akan membawakan cara “tenyeh” roti canai dengan betul menerusi perkongsian klip video @roticanaicenel_21 atau Azemi Awang di bawah.
Berdasarkan video tersebut, seorang lelaki menunjukkan langkah awal sebelum menebar roti.
“Ok antara bahagian yang penting ketika kita belajar tebar roti canai,” ujarnya dalam klip tersebut.
Tips Tenyeh Roti Canai Hingga Bulat
Katanya, pertama sekali, tepung (doh) mestilah berada dalam keadaan bulat seperti bola.

BACA JUGA: Wanita Kongsi Menu Pelik, Buat Agar-agar Perisa Ikan Keli
Kedua, leperkan bola tepung tadi menggunakan bahagian tapak tangan dalam keadaan nipis dan sekata. Jangan lupa menggunakan sedikit minyak pada tangan agar proses meleperkannya menjadi lebih mudah.

Sekiranya doh tidak berada dalam keadaan sekata, ia menyukarkan regangan doh dan mudah terkoyak. Oleh itu, proses awal penghasilan roti canai amatlah penting.
“Kalau dia dalam keadaan bujur atau tidak betul-betul bulat, ia cepat koyak dan susah nak terbuka.
“Dia tak boleh nak pandang remeh pada peringkat permulaan (tenyeh doh). Dia mesti bulat, perfect, betul-betul seperti piring,” katanya dalam video itu.

Untuk lebih penjelasan boleh tonton video di bawah.
@roticanaicenel_21
Sumber: TikTok @roticanaicenel_21