Siakap Keli
Gambar: TikTok Yantie Ruyani

Auto Rasa Macam Olimpik, Hari Sukan Sekolah Meriah Diulas Zainal Abidin Rawop

Auto Rasa Macam Olimpik, Hari Sukan Sekolah Meriah Diulas Zainal Abidin Rawop

Hari sukan sekolah merupakan acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh setiap warga sekolah, khususnya para murid-murid yang gemar bersukan.

Selain menghilangkan rasa stres belajar, hari sukan sekolah berperanan untuk mencari bakat ‘terpendam’ dalam kalangan murid di sekolah.

Mana tahu, terdapat kebarangkalian bahawa adanya permata negara yang tersembunyi dalam kalangan murid-murid dan perlu digilap agar bakatnya bersinar.

Bukan itu sahaja, acara sukan di sekolah turut mendidik untuk menyemai semangat kesukanan yang tinggi serta bersifat rasional dalam pelbagai situasi.

Dalam acara tahunan ini, kita dapat belajar untuk menerima kemenangan dan kekalahan dengan hati yang terbuka dan menghargai bakat antara satu sama lain.

Selain itu, temasya ini juga bersifat inklusif, yang mana murid-murid yang kurang bernasib baik dalam bidang sukan turut diberi peluang untuk bersinar.

Terdapat pelbagai acara yang mengutamakan kreativiti seperti acara pembarisan, hiasan rumah serta acara sorak.

Murid juga diberi peluang untuk mempraktikkan ilmu pengetahuan mereka dengan menjadi sukarelawan dan pasukan unit kecemasan ketika acara berlangsung.

Secara umumnya, hari sukan merupakan salah satu acara yang pernah disertai oleh majoriti rakyat negara kita kerana sifatnya yang inklusif.

Walau bagaimanapun, sebuah sekolah telah memberikan sedikit kelainan dalam acara sukan tahunannya.

Seorang guru dari sebuah sekolah swasta di Gombak telah berkongsi suasana hari sukan di sekolahnya yang diserikan dengan kehadiran pengulas sukan tersohor Malaysia.

Difahamkan, Haji Zainal Abidin Abdul Rawop dipercayai telah memberikan ulasan dalam acara larian 100m kategori wanita di Sekolah Setiabudi baru-baru ini.

Detik-detik menakjubkan telah dirakam dan dimuatnaik dalam akaun TikTok milik pengguna Yantie (@yantieruyani1).

Sebelum larian bermula, pengulas berkenaan telah menyebut nama bagi setiap pelari berserta rumah sukan yang diwakilinya, ala-ala peserta yang terlibat dalam acara sukan ternama di dunia.

“Debaran daripada para ibubapa, terutamanya tiga dari Syahbandar, satu dari Bendahara dan satu dari Temenggung dilepaskan,” jelas pengulas itu ketika bunyi pistol dilepaskan.

Bukan itu sahaja, beliau turut mengulas situasi pelari-pelari di atas trek larian dengan sangat terperinci, seolah-olah kita menyaksikan acara Olimpik yang sebenar di depan mata.

@yantieruyani1

Sports Day Setiabudi. #teacherlife

♬ original sound – Yantie Ruyani – Yantie Ruyani

@yantieruyani1

Replying to @_milsyamil cikgu-cikgu sebagai player 🤣

♬ original sound – Yantie Ruyani – Yantie Ruyani

Video yang memaparkan situasi unik itu telah menjadi perhatian warga maya apabila klip berkenaan meraih sebanyak 50.5 ribu jumlah tontonan. Pada masa yang sama, video terbabit turut menerima sebanyak 2,056 likes dan 53 komen.

Rata-rata, warga maya terpukau dengan ulasan yang diberikan oleh Haji Zainal Abidin Abdul Rawop yang mana, seakan-akan membawa mereka ke acara sukan profesional.

“Sukan sekolah boleh jadi Sukan Komanwel dengar pengulas macam ini,” tulis komen seorang pengguna.

“Kerana suara itu, minat untuk tengok itu tiba-tiba datang… Aura pengulas tersohor,” seorang pengguna lain memberikan komen.

“Wahhhhh, murid mesti rasa macam dia masuk Komanwel,” ulas seorang pengguna TikTok yang lain.

BACA: Cara Buat Pes Cili, Bawang Kisar & Halia Kisar, Boleh Tahan Sampai Tiga Bulan

Sumber: @yantieruyani1 via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.