“Nabi Ajar Layan Tetamu Sebaiknya,” Didatangi Ketika Khuruj, Jemaah Tabligh Santuni Pelancong Dari AS
Khuruj merupakan amalan lazim yang diamalkan dalam golongan jemaah tabligh. Menurut Risalah Islam, khuruj adalah kaedah dakwah yang dilakukan secara berpindah-pindah tempat.
Isitlah ini turut dkenali dengan nama “Khuruj fi Sabilillah” yang bermaksud keluar di jalan Allah. Perkataan khuruj dalam bahasa (Arab) bermaksud “keluar” yang mana berasal dari kata dasar khoroja (خَرَجَ) yang bermaksud keluar.
Dari segi konteks istilah, khuruj bermaksud keluar rumah atau keluar dari tempat asal untuk menuju ke wilayah-wilayah lain untuk menyebarkan dakwah.
Kebiasaannya, jemaah tabligh yang terlibat dalam khuruj akan membentuk kelompok yang terdiri dari enam, sembilan hingga 12 ahli.
Mereka akan berdakwah di luar tempat asal dan mendatangi umat Islam di daerah-daerah lain dengan menginap di masjid-masjid setempat.
Kumpulan ini akan meninggalkan keluarga, pekerjaan, perniagaan, pengajian, dan aktiviti bersifat duniawi buat sementara waktu.
Secara purata, khuruj biasa dilakukan selama tiga hari setiap bulan, 40 hari setiap tahun, atau empat bulan sekali seumur hidup.
Ahli kumpulan tabligh dedah pengalaman berjumpa dengan pelancong asal LA dan membuat pengisian Islam bersamanya
Berkenaan dengan aktiviti khuruj di Malaysia, seorang pengguna TikTok telah berkongsi pengalaman menarik ketika melakukan khuruj bersama ahli jemaah yang lain.
Menurut hantaran TikTok Amer_Toya (@total_rasiprokal), mereka telah bersemuka bersama seorang pelancong asing bernama Yoni.
Difahamkan, Yoni berasal dari Los Angeles, Amerika Syarikat dan menganut agama Yahudi. Ketika itu, pelancong tersebut sedang leka mengambil gambar dan tertarik untuk melihat para jemaah sedang memasak.
Dia pun mengeluarkan kamera dan menangkap gambar suasana tersebut untuk dijadikan sebagai bingkisan kenangan. Berdasarkan tulisan Amer dalam video TikToknya, mereka mengambil kesempatan ini untuk ikram (menyantuni) Yoni.
“Kami jemput untuk sama-sama dinner dan berkonsepkan sunnah makan dalam talam,” katanya.

Mereka telah memakan hidangan berupa nasi kandar bersama-sama di atas talam dan hasil akhirnya, tiada satu pun sisa makanan yang tertinggal.
Yoni memberitahu jemaah tabligh yang lain bahawa ini pertama kali dirinya memakan sesuatu juadah dengan menggunakan tangan.
Yoni dan jemaah tabligh berkongsi pengetahuan
Sebelum pulang, Yoni dan jemaah tabligh telah berkongsi pandangan berkenaan agama masing-masing. Menariknya, agama Yahudi juga menyeru penganutnya untuk memberi hidangan dan menyantuni tetamu.
Lelaki asal AS itu turut membuka beberapa kisah dalam kitab Injil (Bible) berkenaan kisah Abraham (Nabi Ibrahim A.S.) dan Isaac (Nabi Ishak A.S.).
Lagi menakjubkan, Yoni turut mengetahui beberapa frasa yang sering digunakan dalam kalangan masyarakat Muslim. Antaranya seperti, mengucapkan salam, Subhanallah. Syukran dan sebagainya. Berkemungkinan, Yoni sendiri banyak berkawan dan bergaul dengan komuniti Islam sepanjang hidupnya.

Para jemaah mengiringi Yoni pulang ke destinasinya
Apabila mendapat layanan yang cukup mesra daripada geng khuruj ini, lelaki tersebut sangat menghargainya sampai memeluk para jemaah.
Asalnya, Yoni berhasrat untuk menggunakan perkhidmatan e-hailing bagi perjalanannya menuju ke Melaka Sentral.
Akan tetapi, salah seorang ahli jemaah membuat keputusan untuk menghantarnya ke sana bagi membantunya menaiki bas ke Kuala Lumpur.
Yoni menjelaskan, dia hanya bergerak dari Kuala Lumpur ke Melaka dalam masa satu hari sahaja, semata-mata ingin mengambil gambar.
Oleh sebab itu, lelaki ini hanya membawa kameranya sahaja, tanpa membawa sebarang kelengkapan untuk menginap di mana-mana.
Semasa perjalanan menuju ke destinasi, mereka sempat melakukan tasykil (mengajak orang ke arah kebaikan) serta syiarkan mengenai agama Islam kepadanya.
Mereka turut menerangkan sebab mengapa mereka melakukan khuruj kepada Yoni dan semuanya disampaikan dalam bahasa Inggeris.
“Memang broken English lah keluar, tapi dia faham sahaja,” jelas Amer yang mengatakan perbezzan bahasa bukanlah satu penghalang.

Perpisahan yang dijanjikan dengan pertemuan pada masa yang akan datang
Setelah sampai ke destinasi yang dituju, masing-masing berpelukan antara satu sama lain.
“Kami satu jemaah doakan semoga kau diberi hidayat, dan dapat syiar Islam ke mana dia pergi. Semoga diberi hidayah oleh Allah, Yoni. Take care,” katanya.
Yoni memberitahu bahawa Islam ini indah dan dirinya merasakan tidak layak untuk menerima layanan yang cukup indah dari Amer dan rakan-rakannya.
Pelancong tersebut siap memberikan nombor telefonnya dan memberitahu para jemaah tabligh, jangan lupa maklumkan padanya jika mereka sampai di LA.
“Kami cakap In sha Allah akan sampai. Tapi dengan seluruh jemaah dari Melaka,” kata Amer pada akhir video.
@total_rasiprokal Nabi buat dakwah dgn akhlak, bila keluar kita dpt belajar dan amal akhlak nabi. Kita umat terbaik disebabkan nabi kita iaitu MUHAMMAD S.A.W. Tanda Allah sayang kita, Allah akan tarik kepada dia bila kita sudah jauh dariNya. Balik la kawan, kita semua dah jauh #dakwahmaksudhidup #islamisthewayoflife #3hari #semogaAllahpilihkita #lagidanlagi #moonknight
BACA: Cara Buat Pes Cili, Bawang Kisar & Halia Kisar, Boleh Tahan Sampai Tiga Bulan
Sumber: @total_rasiprokal via TikTok