Siakap Keli
Cara udang berak
Kredit TikTok/@huei2c

Tak Pernah Terfikir, Ini Rupanya Cara Udang Berak

Tak Pernah Terfikir, Ini Rupanya Cara Udang Berak

Setiap hidupan di dunia yang makan dan minum pasti akan menjalani proses perkumbuhan.

Proses di mana mereka akan mengeluarkan semula sumber makanan yang sudah diproses di dalam perut menjadi najis.

Ia termasuk dalam dunia haiwan yang memerlukan makanan  untuk meneruskan kehidupan.

Namun bagi haiwan yang kecil, untuk melihat proses itu berlaku mungkin agak sukar kerana saiz dan sisa najis itu sangat kecil untuk dikenal pasti.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian video seorang pengguna TikTok @huei2c, kita berpeluang untuk melihat proses tersebut berlaku kepada seekor udang.

Udang mengeluarkan najisnya dari belakang badannya

Menerusi perkongsian video berdurasi 16 saat, jelas menunjukkan bagaimana seekor udang membuang najisnya.

Udang yang berbadan lutsinar itu pada awalnya dilihat mengandungi sesuatu berwarna hitam di belakang badannya.

Sisa itu kemudiannya bergerak perlahan-lahan ke bawah ekornya dan ia dikeluarkan menerusi sistem perkumbuhannya.

Kini semua orang berpeluang untuk melihat proses perkumbuhan tersebut yang berlaku pada haiwan yang bersaiz kecil.

Perkongsian itu turut mendapat reaksi pelbagai daripada pengguna media sosial tersebut.

Mereka turut meninggalkan komen mereka mengenai proses yang berlaku kepada udang tersebut.

Rata-rata pengguna media sosial tidak mengetahui berkenaan najis udang tersebut dan menganggap ia hanya sesuatu yang biasa pada udang.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Sebab itu ke kenapa kita kena buangnya daripada udang apabila hendak dimasak? Saya ingat itu hanya tulang belakang atau sesuatu yang lain,” tulis seorang pengguna yang baru mengetahui berkenaan najis udang tersebut.

” Ia sangat menarik. Saya tidak pernah melihatnya pada sebelum ini,” tulis seorang netizen lagi.

“Sebab itu kita perlu membuang bahagian itu sebelum memasaknya,” tulis seorang netizen yang mengetahui berkenaan bahagian tersebut.

“Saya tidak akan makan seekor udang secara keseluruhan macam dulu lagi,” tulis seorang netizen yang terkejut dengan perkara tersebut.

@huei2c

👁️👄👁️ #shrimp #shrimppoop #oddlysatisfying

♬ original sound – huei2c – huei2c

Sumber: TikTok/@huei2c

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: