Khas Untuk Rakyat Selangor, Apa Itu Skim INSAN?
Malang tidak berbau, itulah peribahasa yang selalu digunakan jika berlaku perkara yang tidak diingini seperti kemalangan. Walau cuba untuk dielak, jika ditakdirkan untuk berlaku, ia tetap akan berlaku.
Oleh itu, penting kepada setiap orang untuk sediakan payung sebelum hujan dengan mempunyai insurans terhadap diri dan keluarga.
Sehingga kini terdapat banyak insurans yang menawarkan pelbagai manfaat. Namun tahukah anda, terdapat satu skim insurans yang diperkenalkan di bawah Kerajaan Negeri Selangor, iaitu INSAN.
Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian di bawah.
Apa itu INSAN?

INSAN atau Skim Insurans Rakyat Am Selangor merupakan satu skim perlindungan insurans berkumpulan terhadap 6 juta rakyat Selangor yang berumur seawal 30 hari sehingga 80 tahun secara percuma.
Skim ini memberikan perlindungan penuh terhadap seluruh pendaftar yang ditanggung Kerajaan Negeri Selangor sepenuhnya. Inisiatif ini bagi meringankan beban rakyat yang dihimpit pelbagai masalah dan melindungi mereka.
Menerusi INSAN, pampasan sebanyak RM10,000 diberikan kepada setiap rakyat negeri itu sekiranya berlaku hilang upaya kekal dan kematian disebabkan kemalangan.
BACA JUGA: “Tak Payah Bayar Bulan-bulan, Tapi Aku Dapat Claim Insurans RM10,000”
Bila Pendaftaran Dibuka?
Untuk makluman, pendaftaran bagi skim ini telah pun bermula pada 1 Oktober 2022 hingga 30 September 2023 ini.
Difahamkan, polisi insurans ini hanya ditawarkan selama 12 bulan dari tarikh polisi dikeluarkan bagi proses pengaktifan. Pendaftaran boleh dilakukan menerusi aplikasi e-dompet Wavpay.
Sementara itu, kerajaan negeri itu baru-baru ini juga telah memperkenalkan Skim INSAN Takaful dan pendaftarannya bermula pada 4 Ogos lalu. Ia merupakan kesinambungan daripada Skim INSAN konvensional.
Pemegang sijil INSAN sedia ada akan ditukarkan ke perlindungan takaful secara automatik setelah tamat tempoh perlindungan di bawah pelan konvensional.
Syarat Kelayakan
Terdapat beberapa kriteria yang digariskan kepada individu yang layak memohon Skim INSAN antaranya;
Yang pertama, pemohon mestilah berusia 30 hari sehingga 80 tahun.
Yang kedua, pemohon lahir di negeri Selangor sebagai pemegang MyKAD dengan kod 10.

Yang ketiga, alamat terkini pemohon didaftarkan di dalam negeri Selangor.

Yang keempat, pemohon merupakan pengundi di negeri Selangor.

Bagaimana Cara Untuk Mendaftar INSAN?
Pendafftaran Skim Insurans Rakyat Am Selangor (INSAN) boleh dilakukan menerusi dalam talian (online) di aplikasi e-Dompet Wavypay (Wavypay e-Wallet).
Langkah pertama, muat turun dan daftar aplikasi e-Dompet Wavypay dari Google Playstore (Android) dan App Store (IOS) serta Huawei App Gallery.

Langkah kedua, klik pada banner program yang tertera Skim INSAN.

Langkah ketiga, lengkapkan maklumat diri anda pada ruangan yang diminta dan siap!

Untuk membuat semakan, anda boleh layari laman web INSAN di sini.
Sumber: Program INSAN, Wavypay.net, Kerajaan Negeri Selangor