Siakap Keli
Bilik Ketua Polis Balai Pulau Tikus
Kredit Sinar Harian

Bilik Ketua Polis Balai Pulau Tikus Terbakar

Bilik Ketua Polis Balai Pulau Tikus Terbakar

GEORGE TOWN, 24 Ogos (Bernama) — Bilik Ketua Polis Balai Pulau Tikus di sini terbakar dalam kejadian hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.33 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal bergegas ke lokasi.

“Sebaik pasukan bomba tiba, didapati kebakaran itu melibatkan penyaman udara dan struktur bangunan di dalam bilik berkenaan. Api telah berjaya dipadamkan oleh pihak polis sebelum bomba tiba,” katanya dalam kenyataan.

Baca: “Ada Masa Tapau Lagi Jimat,” Lelaki Kongsi Bajet Bulanan Keluarga, Siap Boleh Makan ‘Western’ Hujung Bulan

Menurut jurucakap itu, bilik berkeluasan 400 kaki persegi berkenaan hanya terbakar 20 peratus dan kejadian tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Katanya operasi tamat sepenuhnya pada 9.29 pagi manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.