“Sampaikan Berita Ini,” Najib Belum Tahu Yana Telah Lahirkan Bayi Perempuan
Anak Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa Najib dilaporkan telah selamat melahirkan anak perempuan semalam.
Nooryana atau lebih dikenali sebagai Yana memaklumkan kelahiran anak ketiganya itu menerusi satu muat naik di akaun Instagram rasmi miliknya.
Jelasnya, cahaya mata ketiga itu dinamakan Amelia Rahah Daniyar.

“Alhamdulillah dengan rasa syukur kepada Allah SWT, kami sekeluarga telah menyambut kelahiran anak ketiga kami pada hari yang penuh dengan nostalgia.
“Seolah-olah cucu perempuan pertama Bossku nak bagi tau atoknya, ‘Saya tak nak awak susah hati hari ni’. Saya tahu atok kamu rindu nak peluk awak dalam pelukan kasih sayangnya, anak perempuan saya yang dikasihi.
“Kami sentiasa berdoa agar ALLAH segera menyatukan kami. Amin Ya Rabbal Al-Amin,” tulisnya di platform media sosial itu.
Najib Tak Tahu Timang Cucu
Sementara itu, dalam satu hantaran di Facebook Najib Razak memberitahu bahawa Najib masih belum mengetahui mengenai kelahiran cucunya itu.
Tambahan lagi, Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang.
“Hari duka, luka yang diubati sedikit dengan kehadiran Amelia Rahah Daniyar. Datuk Seri Najib (DSN) belum tahu berita ini.
“Tidak ada caranya nak bagi tahu dalam masa terdekat juga. Jika ada sesiapa yang baca ini dari Kajang yang sudi dan boleh bantu sampaikan berita ini, amat menghargainya dan berterima kasih,” tulis akaun Facebook Najib.
View this post on Instagram
Najib Dijatuhi Hukuman Penjara 12 Tahun
Terdahulu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mula menjalani hukuman penjara 12 tahun pada 23 Ogos 2023, lapor Bernama.
Susulan penyelewangan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta, Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atasnya.
BACA JUGA: “Maafkan Saya Daddy” – Najwa
Keputusan itu dijatuhkan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat selepas meneliti bukti, hujahan dan rekod-rekod rayuan.
Sumber: Najib Razak, Instagram Yana Najib