Siap Boleh “Training” Sekali, Buat Macam Ni Kalau Nak Dapat Percutian EPL Di England
Sekarang ni memang dah jadi satu normalisasi untuk buka akaun bank, simpan segala pendapatan dalam tu. Tambah-tambah lagi bila semua urusan boleh dibuat di hujung jari, zaman digital katanya.
Tapi lagi seronok bila buka akaun bank lepas tu dapat peluang untuk menang hadiah. Rasa dihargai gitu. Siapa je taknak kan dapat peluang menang macam-macam hadiah?
Bukan je bagi pulangan yang menarik, tapi kali ni MBSB Bank nak offer pelbagai ganjaran hebat untuk pelanggan baharu dan sedia ada.
Kalau korang nak tahu, baru-baru ni MBSB Bank ada lancarkan dua kempen iaitu Winners Are Dreamers dan Dare to Dream. Kalau sertai kempen ni, korang berpeluang untuk memenangi percutian EPL yang ditanggung penuh ke England. Tapi apa yang best bukan setakat satu pasangan je yang akan terpilih tapi lapan pasangan!
Selain itu, MBSB Bank juga akan bagi peluang untuk korang berlatih bola sepak bersama Kelab EPL, Wolves.
Amacam? Menarik tak? Nanti dulu, baca sampai habis ya. Min nak terangkan dekat korang macam mana nak sertai kempen ni.
Winners are Dreamers
Macam yang min cakap tadi, korang akan berpeluang menang semua hadiah tu kalau buka akaun MBSB Bank dan daftar produk-produk kat bawah ni. Untuk setiap pendaftaran ni, korang akan dapat satu cabutan.
Akaun Simpanan M-Junior Deposit-i
Produk ini terbuka kepada pelanggan baharu dan sedia ada serta berumur 18 tahun ke bawah. Individu yang bawah umur 18 tahun perlu ada pemegang amanah (ibu bapa atau penjaga yang sah).
Deposit permulaan bagi produk ini adalah RM1000 saja dan baki purata bulanan minimum juga jumlah yang sama.
Deposit Bertempoh-i
Bagi Deposit Bertempoh-i, ia terbuka kepada pelanggan baharu atau sedia ada dan berumur 18 tahun ke atas. Dengan deposit permulaan sebanyak RM5000, korang boleh buat satu cabutan dan tempoh baki purata bulanan minimun pula adalah fleksibel iaitu dari satu bulan hingga 60 bulan.
Deposit Bertempoh Junior-i
Syarat kelayakan dan mekanisma bagi produk ni sama dengan Deposit Bertempoh-i tetapi deposit permulaannya adalah sebanyak RM1000.
Akaun Simpanan PrimeWin Salary-i
Bagi produk ni, pekerja yang telah mendaftar untuk urusan Akaun Gaji Kakitangan juga boleh sertai. Deposit permulaannya pula sebanyak RM1000, tetapi baki purata bulanan minimum adalah sebanyak RM1500.
Pembiayaan Peribadi-i
Syarat penyertaan bagi produk ni pula, korang kena buat permohonan dan pembayaran Pembiayaan Peribadi-i. Tapi kena ingat, penyerahan permohonan perlu dibuat dan didaftarkan masa tempoh kempen je.
Pembiayaan Hartanah-i
Untuk produk ni, korang kena ada penyerahan pembiayaan Hartanah-i yang berjaya termasuk Skim Rumah Pertamaku-i dan PR1MA. Sama juga, korang mesti buat serahan dan pendaftaran semasa tempoh kempen.
Takaful
Seperti produk-produk di atas, penyerahan dan pembayaran yang berjaya untuk produk Takaful perlu dilakukan dalam tempoh kempen.
e-Wallet
Produk ni pula khas untuk pelanggan baru yang berdaftar. Korang boleh rujuk Terma dan Syarat sedia ada untuk kempen e-Wallet MBSB Bank.
Kad VISA Debit-i
Mudah saja, korang kena ada transaksi yang berjaya bagi sebarang jumlah dengan Kad Visa Debit-i MBSB Bank.
Untuk pengetahuan korang, cabutan bagi kesemua produk ni akan dibuat selepas kempen tamat pada 31 Januari 2024.
Hadiah Utama melalui kempen ini adalah lapan pasangan berpeluang untuk ditanggung penuh ke England dan merasai percutian EPL. Bagi hadiah istimewa, korang berpeluang untuk mendapat keychain MBSB Bank Championship apabila mendaftar mana-mana produk MBSB Bank yang tertera,sementara stok masih ada.
Untuk sertai kempen ini, korang boleh pergi ke mana–mana cawangan MBSB Bank atau boleh klik di SINI . Tempoh bagi kempen Winners are Dreamers ini ialah pada 1 Ogos hingga 31 Januari 2024.
Dare to Dream
Bukan setakat Winners are Dreamers, korang yang ada anak-anak juga boleh sertai kempen Dare to Dream ni dengan membuka Akaun Simpanan M-Junior-i.
Kempen ini akan berlangsung dari 1 Ogos hingga 31 Oktober 2023 dan cabutan akan dibuat pada minggu pertama November 2023.
Melalui kempen ni, seramai 500 pelanggan berpeluang dilatih oleh Wolverhampton Wanderers Football Club, yang juga dikenali sebagai Wolves di Malaysia.
Dalam masa yang sama, sebanyak 8000 key chain MBSB Bank Championship juga berpeluang dimenangi oleh korang.
Jadi, tunggu apa lagi, sertai sekarang guys. Jangan lambat-lambat nanti dapat kat orang lain. Bila lagi nak merasa percutian EPL dengan pasangan kan?