Bintang WWE, Bray Wyatt Meninggal Dunia
Bintang gusti terkenal WWE, Bray Wyatt dilapor meninggal dunia pada usia 36 tahun.
Memetik laporan ABC News, berita kematian penggusti dengan nama sebenar Windham Rotunda itu dimaklumkan sendiri WWE menerusi satu hantaran di portal X hari ini.
WWE is saddened to learn that Windham Rotunda, also known as Bray Wyatt, passed away on Thursday, Aug. 24, at age 36.
WWE extends its condolences to Rotunda’s family, friends and fans. pic.twitter.com/pabVuaKlnP
— WWE (@WWE) August 24, 2023
Penggusti terkenal WWE, Bray Wyatt meninggal dunia, peminat bersedih
”WWE dengan penuh rasa duka ingin memaklumkan bahawa Windham Rotunda atau Bray Wyatt meninggal dunia pada usia 36 tahun.
”Dikenali dengan persembahan memukau dan penampilan menakjubkan di dalam gelanggang, Wyatt adalah simbol Superstar bagi generasinya dalam WWE.
”Mendiang mencipta pelbagai kejayaan termasuk muncul sebagai Juara WWE pada 2017,” kata WWE dalam kenyataannya.
Berita kematian bintang itu juga turut dikongsi secara peribadi, juga melalui X oleh Ketua Pegawai Kandungan WWE, Paul “Triple H” Levesque.
”Takziah diucapkan kepada keluarga Wyatt, minta semuanya memberi ruang dan menghormati privasi keluarga mendiang dalam tempoh duka ini,” katanya.
Punca kematian mendiang setakat ini tidak didedahkan kepada media.
Menurut ABC News, kali terakhir Wyatt turun ke gelanggang WWE adalah pada Januari lepas. Ketika itu, mendiang beraksi menentang bintang WWE sedang meningkat naik, LA Knight dalam acara premium, Royal Rumble yang disiarkan secara langsung.
Sejak itu, Wyatt tidak lagi turun beraksi dalam mana-mana acara kerana berdepan dengan masalah kesihatan.
Rakan-rakan penggusti tampil berkongsi rasa sedih
Berita pemergian Wyatt turut dirasai oleh penggusti-penggusti terkemuka WWE termasuk mereka yang sudah pun meninggalkan gelanggang itu.
”Saya merasa sangat sedih menerima berita duka ini. Saya sangat menghormati mendiang dan keluarga Rotunda secara keseluruhan.
”Seorang yang sangat unik dan tenang, iaitu karakter yang sangat sukar ditemui dalam dunia gusti,” kata Dwayne “The Rock” Johnson.
Mendiang memulakan kariernya sebagai penggusti dibawah NXT pada 2010, divisyen dibawah WWE yang terlibat dalam pembangunan bakat-bakat baru gusti.
Dia kemudiannya beralih ke acara utama pada 2014 sebagai Bray Wyatt dan menjadi ketua cult untuk Keluarga Wyatt yang terdiri daripada beberapa ahli antaranya Luke Harper, Erick Rowan dan Braun Strowman.
Wyatt juga dianggap sebagai salah seorang bakat terbaik dalam generasinya dan sering menarik perhatian penonton dengan karakter tersendiri di dalam gelanggang.
BACA: Semurah RM1, ‘Menu Sanusi’ Di Bukit Payung, Kedah Laku ‘Keras’
Sumber: ABC News