Anak-anak Mesti Suka, Akak Ni Tunjuk Cara Mudah Nak Buat Aiskrim Tutti Fruity
Siapa sahaja yang tidak menyukai aiskrim Malaysia? Zaman dahulu, ia adalah salah satu makanan ringan buat rakyat Malaysia susulan boleh didapati di mana-mana tempat.
Walau bagaimanapun, dengan negara yang semakin membangun ini, aiskrim Malaysia sangat susah untuk didapatkan lebih-lebih lagi di kawasan bandar.
Hal ini kerana, terdapat banyak kewujudan makanan ringan yang lain yang mampu mengatasi kelazatan aiskrim Malaysia.
Akan tetapi, aiskrim Malaysia ini sememangnya memberi nostalgia kepada mereka yang lahir pada tahun 1990-an.
Pengguna TikTok, @aida_ilda berkongsi kepada orang ramai berkenaan dengan cara membuat aiskrim Malaysia tetapi dengan sedikit kelainan yang jarang dibuat oleh orang ramai.
Resepi yang diberikan oleh Aida agak berbeza dengan yang lain kerana ia meletakkan tiga perisa buah-buahan dalam satu plastik yang dinamakan sebagai aiskrim Tutti Fruity.
Mari ikuti cara dan penyediaan untuk membuat aiskrim Tutti Fruity di bawah ini.
BACA: Tak Perlu Susah Payah, Ini Cara Mudah Ikat Aiskrim Guna Penyangkut Berbentuk ‘S’
Aiskrim Tutti Frutti

Bahan-bahan:
Satu tin susu cair
Satu tin susu pekat
Empat tin air
Satu sudu besar esen vanila
Satu sudu kecil garam
Bancuhan tepung jagung
Perisa kiwi
Perisa mango
Perisa strawberi
Perisa beri biru
Cara-cara buat bancuhan aiskrim:
Masak susu cair dan susu pekat dalam satu periuk.
Kemudian, tambah empat tin air dan satu sudu besar esen vanila.
Selepas itu, letak satu sudu kecil garam dan bancuhan tepung jagung.
Kacau sehingga sebati dan matikan api.
Biarkan ia sejuk sebelum dimasukkan dalam plastik aiskrim.
Langkah penyediaan aiskrim:
Masukkan perisa kiwi, mango dan strawberi dalam satu plastik aiskrim.
Ratakan menggunakan benda keras atau kad.
Letakkan semua perisa tersebut mengikut cita rasa anda.
Setelah itu, letak bahan bancuhan yang telah sejuk itu di dalam plastik.
Ulang langkah sehingga aiskrim siap.
Akhir sekali, letak ais krim di dalam peti sejuk bahagian atas.
Selepas beberapa jam anda boleh nikmati aiskrim tersebut. Selamat mencuba!
Nota tambahan: Sekiranya ingin kurangkan manis, korang boleh kurangkan susu cair dan susu pekat atau tambah air kepada lima tin.
@aida_ilda Thanks korang resepi ice cream malaysia yg sis share sebelum ni dah cecah 1.5k view.. ❤️ yg mana kecam sis ucapkan terima kasih. Sis bukan penjual ice cream. Sis buat untuk anak2 je. Ni Cuti sekolah dah. Mak2 mmg kena prepare makanan byk2. Sejenis anak2 sis drg ni lapar 24jam😅 . Ibu buat la ice cream stock untuk cuti skolah ni. Pengikat aiskrim & plastik aiskrim boleh tekan link ni @Aida 🌸suka masak🌸 #aiskrimtuttifruty #icecreammalaysia #aidasukamasak #aidasukamakan #cutisekolah