Dua Bahan Je, Boleh Halau Monyet Dari Ganggu Tanaman Atau Rumah Anda
Apabila rumah berada berdekatan dengan hutan, monyet antara salah seekor haiwan yang akan kerap menjadi tetamu yang tidak diundang.
Walaupun pada asasnya, haiwan tersebut tidak menganggu ketenteraman, namun kadangkala ia boleh bertukar menjadi buas sehingga boleh mencederakan keluarga pemilik rumah.
Sekiranya anda mempunyai kebun, keadaan akan bertambah lebih parah apabila haiwan tersebut memakan tanaman yang ditanam.
Perkara tersebut semestinya merunsingkan kepala dan menambah masalah dalam kehidupan, lebih-lebih lagi buat mereka yang menjadikan tanaman sebagai sumber pendapatan utama.
Bagaimanapun, sebelum menghalau monyet berkeliaran di rumah, pastikan anda melakukan perkara yang tidak mencetuskan sebab binatang itu sering menjadikan rumah anda sebagai persinggahan.
Yang pertama, tidak membuang sampah makanan merata-rata terutamanya di belakang rumah dan sekiranya mahu melakukan perkara itu, ikat sampah dengan ketat sebelum membuang dalam tong sampah.
Untuk menjaga tanaman anda, pastikan keliling kebun itu telah diletakkan satu penghalang yang boleh menghalangnya masuk ke dalam sebagai contoh, meletakkan pagar besi.
Kemudian, petik tanaman anda jika ia telah masak bagi mengelakkan monyet mengambilnya terlebih dahulu.
Jika cara yang dilakukan tidak berkesan, gunakan cara yang dikongsi oleh Noor Jeey Pojie melalui Pakar diari hati di Facebook.
BACA: Bengang Tak Jumpa Makanan, Monyet Lempar Beg Berisi RM6,000 Ke Tebing
Tak susah, guna dua bahan je monyet terus lari

Menurutnya, ramuan yang digunakan itu mampu menghalang dan menghalau monyet dari mendekati tanaman atau rumah anda.
Bahan-bahan tersebut ialah ubat gegat dan belacan. Menurutnya, ramuan itu berkesan untuk menghalau kumpulan binatang itu.
“Bahkan selepas dicuba bukan sahaja monyet, tikus pun tiada dah berkeliaran,” katanya.
Caranya mudah sahaja, tumbuk ubat gegat tersebut. Lebih mudah untuk dilakukan dalam plastik semasa mahu menumbuk.
Masukkan dalam mangkuk dan gaulkan bersama belacan.
Apabila sudah sebati, masukkan dalam botol dan tebuk lubang supaya bau yang terhasil dari ramuan tadi keluar.
Kemudian, gantungkan di mana-mana sahaja kawasan yang monyet selalu singgah.
Semoga bermanfaat.
https://www.facebook.com/diarihati/posts/pfbid023Fc23oeH7vunHzXuDtijgfTVAkeEbTSNq7K9Jt6bZpAH88DhtqTUHALDe1ZjRscPl
Sumber: Noor Jeey Pojie via Pakar diari hati/Facebook