Elak Letak Sabun, Ini Cara Cuci Acuan Kuih Kaswi Guna Dua Bahan
Seperti yang diketahui, setiap kuih-muih yang dihasilkan mempunyai pelbagai bentuk dan rupa yang berbeza. Ada yang berbentuk seperti kelopak bunga, petak, bulat dan banyak lagi.
Kebanyakan aneka kuih yang dijual di gerai-gerai menggunakan acuan atau bekas khas untuk menghasilkannya. Oleh itu, tidak hairan mengapa rupa bentuk yang dihasilkan mampu memikat hati si pembeli.
Lazimnya, pelbagai bentuk acuan kuih ini dijual di kedai-kedai bakeri dan kek. Sesetengah orang mempunyai banyak acuan kerana digunakan untuk menjual kuih-muih. Setelah digunakan, pastinya ia perlu dicuci untuk digunakan kembali.
Walau bagaimanapun, tahukah anda sesetengah acuan meninggalkan bau sabun walaupun setelah dicuci. Perkara ini sudah tentunya kurang disenangi kerana ia boleh memberi kesan pada kuih yang dihasilkan nanti.
Sehubungan itu, hari ini SK akan berkongsikan satu tips mencuci acuan plastik agar tidak meninggalkan kesan bau sabun.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Hazlyana Duang Full di bawah.
Jangan Letak Sabun, Ini Cara Cuci Acuan Kuih Kaswi

Alhamdulillah perkongsian cara cuci acuan tart semalam tak sangka ramai yang share, semoga bermanfaat untuk semua.
Ada yang tanya tips nak basuh bagi cepat acuan plastik kaswi ni. Cara dia sama je macam acuan tart juga. Cuma jangan letak sabun yer.
Sabun tu akan menyebabkan acuan berbau sabun dan kuih pun akan bau sabun juga.
Macam dalam gambar ni saya tak tahu lagi akan berbau jadi saya bubuh sabun dalam periuk, akibatnya semua kaswi saya terpaksa buang sebab bau sabun.
Bahan dan Langkah Mencuci Acuan
Jadi kesimpulannya cara cuci acuan plastik hanya letak.
Air + cuka dan rebuskan. Lepas air dah panas gaulkan acuan dengan sudip ke apa ke supaya kekotoran yang melekat jatuh.
Selamat mencuba.
BACA JUGA: Mudah Je, Ini Cara Tukar Sendiri “Side Mirror” Kereta
Update komen :
Terima kasih banyak yang share posting saya.
By the way ni tips untuk yang nak basuh acuan banyak-banyak sekaligus. Since ada yang cakap mereka basuh guna sabun takder bau, Alhamdulillah.
Saya mula-mula pun basuh guna sabun tapi tak rendam sebab masa tu acuan tak banyak. Sental-sental dengan span je. Lepas keluarkan kaswi dari acuan terus basuh. Masa ni pun tak ada bau sabun.
Tapi bila dah dapat order banyak dan acuan pun beratus-ratus tak sempat nak basuh terus lepas buat order dan ada kaswi yang melekat dekat acuan.
Jadi keras susah nak bersihkan guna sabun dan air biasa. Jadi nak cepat saya guna mesin cuci pinggan sebab ada fungsi air panas. Alhamdulilah tak bau sabun tapi yang tak best nya cucian terlalu lama dan tak muat untuk beratus acuan sekali gus.
Jadi saya rebus guna periuk sebab bila guna air panas semua yang melekat tu tertanggal, tapi silap saya sebab rebus dengan sabun. Tak tinggal semalaman pun, lepas air dah panas saya terus bilas tetap bau sabun. Saya letak sabun pun setakat 2 hingga 3 titik je tak banyak pun.
Saya buat 2 jenis kaswi pandan dan gula merah. Yang Pandan tak ada bau sabun sebab mungkin tertutup dengan bau pandan.
Tapi yang gula merah memang bau sangat yer. Jadi nak selamat elakkan la guna sabun.
Itu je saya nak share, pengalaman sendiri.
#tipsbasuhacuan
#kaswi
#kaswiviral
#kaswigedik
Sumber: Facebook Hazlyana Duang Full