Mudah Je, Ini Cara Tukar Sendiri “Side Mirror” Kereta
Sewaktu memandu kenderaan di atas jalan raya, kita sering memerhatikan cermin kereta di bahagian sisi.
Cermin sisi atau lebih sinonim dengan panggilan Side Mirror merupakan satu bahagian kereta yang amat penting. Hal ini kerana ia dapat memberikan penglihatan pada bahagian blind spot atau titik buta manusia, di belakang kenderaan.
Kehadiran side mirror pada kereta membolehkan pemandu memerhati kenderaan yang datang dari arah belakang sama ada di bahagian sisi kanan mahupun kiri.
Bukan itu sahaja, pemandu juga boleh menukar arah laluan kenderaan dengan lebih selamat dengan adanya cermin ini.
Oleh itu, pentingnya side mirror untuk sentiasa berada dalam keadaan baik dan tidak rosak. Sekiranya, ia mengalami retak atau cermin sudah kabur, anda disarankan untuk menukarkannya dengan kadar segera.
Tidak perlu bawa ke bengkel, anda juga boleh menukarnya sendiri di rumah.
Tambahan lagi, ia hanya memerlukan beberapa minit sahaja tanpa perlu membazir waktu, tenaga dan wang ringgit untuk ke bengkel.
Nak tahu bagaimana cara nak tukar? Jom ikuti perkongsian Pak Wee di bawah.
Ini Cara Tukar Side Mirror Kereta
Menerusi klip yang dimuat naik olehnya di platform TikTok, @pakwee_oe menunjukkan cara mudah untuk menukar cermin itu.
BACA JUGA: Tak Perlu Pergi Bengkel, Abang Ni Tunjuk Cara Tukar Sendiri “Wiper” Kereta
Jelasnya, penukaran dan pemasangan cermin sisi kereta sangat mudah untuk dilakukan di rumah dan lebih menjimatkan dompet anda.
1. Pusingkan Cermin Kereta
Cara pertama, anda perlu pusingkan (kepak) cermin kereta ke hadapan bagi memudahkan proses penukaran cermin.
2. Tolak Cemin Pada Bahagian Atas
Seterusnya, gunakan jari anda untuk menolak pada bahagian atas cermin. Kemudian, lihat pada bahagian bawah cermin terdapat ruang yang terbuka. Gunakan jari dan tarik cermin tersebut. Boleh gunakan sarung tangan sebagai langkah keselamatan.
3. Gantikan Cermin Baharu
Ambil cermin baharu yang telah disediakan, letak pada bahagian cermin kereta seperti biasa.
Pastikan anda menolak cermin dengan dua jari pada bahagian tengah (kiri dan kanan) bagi memastikan ia betul-betul dipasang.
Senang bukan? Semoga bermanfaat.
@pakwee_oe Tips Repair SIDE MIRROR #pakwee #dtinzautodetailing #utkkomeajerr #fypmalaysia #knowlage #fyp #tipskereta #longervideos #longervideosontiktok #baikikereta #baikikeretamurah #repairkereta #carrepair #carrepairing #pomensendiri #sidemirror
Sumber: TikTok @pakwee_oe