Video Bendera ‘Layang-layang’ Tular, Warga Maya Puji Semangat Patriotik Dimiliki Kembar
Semangat patriotisme merupakan satu sikap yang telah ditanam dan dipupuk dalam diri sejak kecil. Ia bukan sahaja semangat, malah merupakan satu penghayatan yang membenarkan rakyat Malaysia menzahirkan rasa kecintaan terhadap negara.
Perasaan cinta akan negara ini akan lahir apabila seseorang itu mengetahui sejarah disebalik apa yang berlaku hingga ia membuatkan mereka bertekad untuk memperjuangkan kesejahteraan negara.
Perasaan tersebut semestinya akan tersemat dalam diri walaupun beribu-ribu tahun lamanya, dan apabila tiba bulan Ogos, semangat berkobar-kobar akan menjadi kuat, susulan ia mengingatkan tentang kemerdekaan.
Tanggal 31 Ogos merupakan hari keramat buat rakyat Malaysia, di mana ia menyambut hari bersejarah, iaitu hari kemerdekaan tanah air tercinta.
Pada tahun ini, persiapan bagi sambutan Hari Kebangsaan dilihat meriah seperti tahun-tahun sebelumnya susulan rakaman perkongsian orang ramai memaparkan masyarakat masih turun padang untuk menyaksikan raptai penuh perbarisan.
Sehari sahaja lagi untuk menyambut ketibaan Hari Kebangsaan, masyarakat dilihat mengambil peluang untuk memasang bendera sama ada di bangunan atau di rumah mereka sendiri.
Begitu juga dengan kembar lelaki di Tiktok ini, yang bersemangat waja dalam menyambut Hari Kebangsaan dengan menjadikan bendera sebagai layang-layang.
Kembar kibarkan bendera
Menerusi video yang dimuat naik oleh @aminxabid di TikTok, ia menunjukkan mereka sedang membuat persiapan menukar bendera Malaysia kepada layang-layang.
Semangat patriotik yang dipaparkan oleh kembar tersebut meraih perhatian orang ramai susulan warga maya mengagumi idea yang difikirkan mereka.
Pada permulaan, individu tersebut menggosok bendera untuk memastikan setiap warna, jalur dan lambang itu jelas apabila ia diterbangkan.
Kemudian mereka memasangkan kayu yang dihiris menjadi lidi untuk diletakkan di setiap penjuru bendera bersama dengan alatan mengikat kayu tersebut.


Selepas itu, mereka meletakkan tali di penjuru dan tengah bendera supaya ia dapat diterbangkan dengan baik di udara.
Kembar itu menuju ke padang yang luas untuk menerbangkan bendera tersebut dan boleh dikatakan rancangan mereka berjaya selepas layang-layang bendera itu terbang dengan tinggi tanpa sebarang masalah.

Tindakan kembar itu untuk mengibarkan bendera di udara berhasil sekali gus memberikan gambaran bahawa mereka sememangnya mempunyai semangat patriotisme.
Rata-rata warga maya yang menonton video tersebut meninggalkan komen memuji perbuatan kembar itu.
Kini, video tersebut mencecah sehingga 1,500,000 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.
Saksikan video penuh di bawah ini.
@aminxabid Jum kibarkan bendera! #merdeka66 #benderatrend
Sumber: @aminxabid/TikTok
BACA: Semangat Bulan Kemerdekaan, Ini Panduan Pasang Bendera Pada Kereta Dengan Betul