Lengkap Berkasut Dan Berkaca mata, Unit K-9 PDRM Sekali Lagi Raih Perhatian
Sambutan Hari Kebangsaan semalam telah disambut meriah dengan pengunjung yang hadir dilaporkan melebihi 100,000 orang.
Perarakan hari Kebangsaan merupakan satu acara yang paling ditungu-tunggu oleh pengunjung yang hadir ke acara tahunan bersejarah tersebut.
Selain aset-aset negara dan abang bomba, unit anjing pengesan K-9 daripada Polis Diraja Malaysia antara yang berjaya mencuri tumpuan pengunjung.
Kecomelan haiwan berbulu itu telah berjaya meraih perhatian ramai dengan penampilan mereka yang siap berkasut semasa perarakan tersebut dijalankan.
Video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok yang bernama @myforeverdoggo itu telah menunjukkan ketibaan unit itu sebelum memulakan perarakan.
Menerusi perkongsian video itu, anggota polis yang lengkap berpakaian uniform telah dilihat membawa anjing pengesan mereka.

Anjing-anjing yang sudah terlatih itu dilihat cukup tenang ketika berada di dataran Putrajaya.
Mereka hanya diam mengikut arahan yang diberikan oleh anggota yang bertugas untuk mengawal mereka.

Selain kasut, anjing itu juga dipakaikan abah-abah bagi memudahkan untuk mengawal mereka ketika perarakan dijalankan.
Pemakaian itu sekali gus bagi memastikan keselamatan haiwan dan pengunjung yang hadir sewaktu acara besar-besaran itu.

Pengunjung sempat mengambil peluang bergambar dengan unit K-9
Kemunculan unit itu telah berjaya menarik ramai pengunjung dan ada yang mengambil peluang untuk bergambar dengan anjing-anjing pengesan tersebut.
Video muat naik itu dengan pantas telah menjadi bualan ramai dan mendapat perhatian netizen. Pengguna media sosial TikTok juga dilihat sempat meninggalkan komen mereka berkenaan video tersebut.
BACA: Lebih 100,000 Hadir Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 – Fahmi
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Yang warna putih tu nampak sangat gembira untuk berada di sana,” tulis seorang netizen.
“Comelnya. Tergedik-gedik ekor tu,” tulis seorang lagi netizen yang memuji kecomelan anjing-anjing tersebut.
“Lepas habis mesti banyak kasut kecil dekat ampaian. Comel,” tulis seorang lagi netizen yang teruja dengan kecomelan haiwan tersebut.
“Hebat pejuang Malaysia. Terima kasih,” tulis seorang netizen yang berterima kasih dengan khidmat unit tersebut.
Sumber: TikTok/@myforeverdoggo