Siakap Keli
Abang komando bagi patch
Kredit X/@GengKNegara

Abang Komando Tertambat Tengok Adik Ni Lengkap Beruniform, Siap Bagi “Patch” Lagi

Abang Komando Tertambat Tengok Adik Ni Lengkap Beruniform, Siap Bagi “Patch” Lagi

Kehangatan dan kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan kali ke-66 di Dataran Putrajaya masih lagi terasa bahangya sehingga ke hari ini.

Sambutan pada tahun ini menjadi sangat meriah selepas lebih 100,000 dilaporkan telah membanjiri dataran Putrajaya pada Khamis yang lalu.

Pengunjung yang hadir sewaktu sambutan Hari Kebangsaan itu juga tidak melepaskan peluang untuk merakam video dan gambar sebagai kenang-kenangan.

Orang ramai juga dilihat berkongsikan detik bersejarah itu di akaun media sosial mereka.

Salah satu video muat naik yang mendapat perhatian SK adalah berkaitan dengan seorang askar yang sempat berhenti meluangkan masa menyerah tugas kepada pengunjung cilik.

Video tersebut telah dikongsikan oleh pengguna laman X yang menggunakan nama @GengKeselamatanNegara.

Menerusi perkongsian video tersebut, pada awalnya seorang askar hanya dilihat berjalan untuk mengawal perarakan pasukan anggota askar tersebut.

Pengunjung cilik yang lengkap berpakaian uniform askar itu telah berjaya menarik perhatian anggota askar tersebut.

Beliau kemudiannya berhenti seketika sambil mengusap kepala pengunjung cilik tersebut.

Kredit X

Anggota askar itu kemudiannya dilihat mencabut lencana atau ‘patch‘ yang berada di lengan kanannya lalu menghadiahkan kepada adik kecil tersebut.

Kredit X

Selepas memberikan patch tersebut, askar berkenaan berlalu pergi sambil melambai ke arah pengunjung cilik tersebut.

Pengunjung cilik itu kelihatan keliru dengan kejadian itu dan menyimpan patch pemberian daripada anggota askar tersebut.

Ramai yang memuji aksi anggota tersebut

Perkongsian video itu telah mendapat reaksi komen yang pelbagai daripada pengguna di laman tersebut. Ramai yang meninggalkan komen memuji tindakan askar itu dan kecomelan pengunjung cilik tersebut.

BACA: Lebih 100,000 Hadir Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 – Fahmi

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

Bestnya dapat patch!” tulis seorang pengguna yang turut teruja dengan pemberian askar itu kepada adik tersebut.

“Comel sangat,” tulis seorang lagi pengguna yang memuji kecomelan adik kecil tersebut.

“Tengok muka budak tu comel je reaction. Mesti bila dah besar akan buat benda yang sama, moga tercapai cita-cita ya dik,” tulis seorang lagi pengguna yang memuji kecomelan adik tersebut sambil mendoakan agar cita-citanya menjadi askar tercapai.

Sumber: X/@GengKNegara

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.