Siakap Keli
20 tan sampah putrajaya
Kredit Alam Flora

Hampir 20 Tan Sampah Dikumpul Selepas Selesai Sambutan Hari Kebangsaan Di Putrajaya

Hampir 20 Tan Sampah Dikumpul Selepas Selesai Sambutan Hari Kebangsaan Di Putrajaya

Alam Flora Sdn Bhd menganggarkan bahawa hampir 20 tan sampah berjaya dikumpul di Putrajaya sejurus selepas selesai pasca sambutan Hari Kebangsaan.

Alam Flora memaklumkan berkenaan perkara itu menerusi muat naik perkongsian video di akaun TikTok rasminya @alamflorasdnbhd.

Menurut kenyataan Alam Flora, seramai 125 pekerja pembersihan, penyelia dan eksekutif operasi telah dikerahkan bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan itu.

Kerja-kerja pembersihan dikatakan telah bermula seawal 4.00 pagi dan berakhir sekitar jam 7.00 malam.

Difahamkan, kerja-kerja pembersihan juga telah dipecahkan kepada lapan subzon. Zon 1 melibatkan kawasan perarakan utama, Zon 2 di Presint 3, Zon 3 di Bulatan Gemilang, Zon 4 di hadapan bangunan Kementerian Kewangan.

Zon 5 pula di Dataran Putra, Zon 6 di Lebuh Bestari, Zon 7 di Persiaran Perdana Presint 4 dan zon terakhir iaitu Zon 8 di Monumen Alaf Baru, Persint 2.

Selain itu, Alam Flora turut menyediakan 700 unit tong sampah bergerak (MGB) pelbagai saiz. Kesemua tong sampah itu ditempatkan di beberapa lokasi bagi memudahkan orang ramai untuk membuang sampah.

Lebih 100,000 Hadir Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 – Fahmi

Lebih 100,000 pengunjung hadir menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2023 anjuran sulung Kerajaan Perpaduan di Dataran Putrajaya di sini hari ini.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata segelintir orang awam juga telah mula berkumpul selepas waktu Maghrib semalam kerana teruja untuk melihat sendiri acara gilang-gemilang itu.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

“Ada yang datang dari Kedah, Perak dan jauh lagi untuk melihat sendiri sambutan besar-besaran ini. Ini merupakan sambutan Hari Kebangsaan pertama kami dengan pasukan yang bertungkus-lumus sejak bulan Februari,” katanya pada sidang media selepas sambutan itu di Pusat Media di sini hari ini.

Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 menzahirkan rasa puas hati. Terutamanya dengan kejayaan penganjuran sambutan kemerdekaan negara tahun ini. Khususnya kelancaran persembahan tarian, perarakan, perbarisan dan pertunjukan udara.

@alamflorasdnbhd

Alam Flora menganggarkan hampir 20 tan sampah terkumpul setelah selesai kerja-kerja kutipan dan pembersihan selepas sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-66 di Putrajaya semalam. Sebanyak 125 pekerja pembersihan, penyelia dan eksekutif operasi Alam Flora telah menjalankan kerja-kerja pembersihan seawal 4 pagi dan berakhir sekitar jam 7 malam. Kerja-kerja pembersihan dipecahkan kepada lapan subzon iaitu Zon 1 – kawasan perarakan utama, Zon 2 – Presint 3, Zon 3 – Bulatan Gemilang , Zon 4 – di hadapan Kementerian Kewangan, Zon 5 – Dataran Putra, Zon 6 – Lebuh Bestari , Zon 7 – Persiaran Perdana Presint 4 dan Zon 8 – Monumen Alaf Baru, Presint 2. Alam Flora telah menyediakan 700 unit tong sampah bergerak (MGB) pelbagai saiz dan ditempatkan di beberapa lokasi bagi memudahkan orang ramai membuang sampah. #JomRawatBumi #CurbOceanPollution #HariKemerdekaanKe66 #EnhancingLifeEnrichingCommunities #fyp #masukberanda

♬ Negaraku – Joe Flizzow & Altimet & SonaOne & Faizal Tahir

Sumber: TikTok/@alamflorasdnbhd

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.