Siakap Keli
pemanah Malaysia pingat emas memanah tradisional
Kredit: Facebook

Hebat, Pemanah Malaysia Raih Emas Di Kejohanan Memanah Tradisional Antarabangsa, Kyrgyzstan

Hebat, Pemanah Malaysia Raih Emas Di Kejohanan Memanah Tradisional Antarabangsa, Kyrgyzstan

Pemanah asal Malaysia, Norsiani Mohd Nor daripada Kelab Memanah Tradisional Cyberjaya (Cybertra) berjaya memenangi pingat emas dalam Kejohanan Memanah Tradisional Antarabangsa Piala Presiden di Osh, Kyrgyzstan pada 31 Ogos 2023.

Difahamkan, wanita tersebut bertanding dalam kategori sasaran Asia Tengah 40 meter.

Sebelum ini, Norsiani pernah merangkul pingat emas dalam Kejohanan Memanah Tradisional Antarabangsa di Atyrau, Kazakhstan yang berlangsung dari 27 hingga 28 April 2023.

Bersama gandingannya, Radhiah Mohd Dom dan Maizlina Sadikin, mereka bertiga juga pernah menggenggam emas dalam Temasya Sukan Nomad Dunia Keempat di Iznik, Turkiye pada Oktober 2022.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Thamim (@thamimarchery)

Apa yang menjadikan acara memanah tradisional berbeza dengan acara memanah biasa?

Menurut Archershub, memanah tradisional akan menggunakan busur yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi.

Selain itu, busur tradisional tidak mempunyai tempat untuk meletakkan anak panah dan hanya memiliki satu “knock point”” pada tali.

Anak panahnya pula diperbuat daripada kayu dan bahagian hujungnya diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi.

Ini bermakna bahawa penggunaan busur moden seperti busur recurve Olimpik tidak dibenarkan sama sekali.

Hal ini disebabkan, busur moden yang digunakan dalam acara memanah standard biasanya diperbuat daripada karbonik dan bahan-bahan sintetik.

Selain itu, alat bantu memanah seperti triggers, pembidik (sights), dan pelaras juga tidak dibenarkan untuk digunakan dalam acara ini.

Memanah tradisional bergantung pada set kemahiran yang sedikit berbeza kerana pemanah perlu memanah mengikut firasat masing-masing.

Pemanah tradisional juga perlu menggunakan kekuatan mereka untuk mengekalkan busur pada bentuk ‘full draw‘.

Selain itu, mereka juga dibernarkan untuk mengenakan pakaian tradisional sewaktu menyerta acara tersebut.

Berikut merupakan sebuah video yang memaparkan Norsiani menggunakan busur tradisional dalam Kejohanan Memanah Tradional Antarabangsa di Kazakhtan pada April lalu.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Thamim (@thamimarchery)

BACA: Ingat Benda Sama Rupanya Tak, Ini Beza “Router” Dengan “Modem” WiFi Ramai Tak Tahu

Sumber:

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: