Bagi Dua Kerdipan Je, Cara Nak Tegur Pemandu Nyalakan Lampu Kereta
Pernah tak anda memandu kenderaan tanpa menyalakan lampu kereta? Perkara itu sering terjadi kerana minda berada dalam keadaan yang relaks, bebas daripada memikirkan apa-apa yang berlaku pada keadaan sekeliling.
Apabila sedang asyik memandu, pemandu lain yang berhemah pasti akan mengambil peluang untuk menegur supaya kita perasan bahawa kita memandu dalam keadaan lampu tidak dibuka.
Tetapi ketika pemandu lain sedang menolong untuk memaklumkan mengenai perkara itu, kita pula yang berasa pelik kenapa mereka bertindak sedemikian.
Kemungkinan kita akan mula berfikir bahawa teguran itu berkait dengan kesalahan yang kita lakukan semasa memandu di atas jalan raya.
Sebenarnya, mereka hanya mahu menolong tetapi kita yang tidak dapat menangkap petunjuk yang diberikan.
BACA: Aksi Superman, Langgar Lampu Merah, Remaja Lelaki Maut Rempuh Kereta
Cara tegur pemandu untuk nyalakan lampu kenderaan
Kalau nak tahu, sebagai pemandu kita mempunyai cara bagaimana mahu menegur mereka yang tidak membuka lampu semasa memandu di atas jalan raya.
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh @driving4dummies di TikTok, dia mengajar dan memberikan tips bagaimana untuk memberikan petunjuk kepada pemandu yang leka itu.
Jelasnya, terdapat satu cara yang digunakan dan ia sangat berkesan dalam memberi teguran kepada pemandu tersebut.
Caranya adalah dengan memberikan kerdipan lampu tinggi sebanyak dua kali, kemudian mematikan lampu kereta sendiri dan membukanya kembali.


Tujuan pemberian lampu tinggi itu adalah untuk mendapatkan perhatiannya supaya pemandu tersebut tahu apa yang ingin disampaikan oleh pemandu lain.
“Cara saya, saya (beri) lampu tinggi klip klip macam ini untuk dapatkan perhatian dia dan kemudian tutup lampu saya sekejap, hidupkan balik supaya dia tahu ada kena mengena dengan lampu,” jelasnya.
Kebiasaannya, pemandu yang tidak membuka lampu itu tidak perasan akan teguran lampu tinggi tersebut, disebabkan itu mereka yang ingin menegur dinasihatkan untuk melakukan percubaan sebanyak dua kali.
“Tapi kali pertama dia tidak perasan kot, jadi saya cuba sekali lagi baru dia perasan dan buka lampu,” ujarnya.

Selepas mencubanya buat kali kedua, pemandu tersebut mula sedar bahawa dia memandu tanpa membuka lampu.
Kemudian, tanpa berlengah masa, dia akan membuka lampu kenderaannya dan sebagai balasan, dia mengucapkan terima kasih menggunakan lampu kecemasan sebanyak dua kali.

Jadi, selepas ini boleh anda mencubanya. Semoga bermanfaat.
@driving4dummies Kadang2 kita tak perasan untuk pasang lampu. Jom kita belajar cara nak tegur orang supaya dia pasang lampu dia! #roadsafety #malaysiandrivers #ethics #roadeducation
Sumber: @driving4dummies/TikTok