Siakap Keli
perayau mod tidur
Kredit: AFP

Perayau Chandarayaan-3 India Selesai Tugasan, Ditetapkan Ke Dalam Mod Tidur

Perayau Chandarayaan-3 India Selesai Tugasan, Ditetapkan Ke Dalam Mod Tidur

MOSCOW, 3 Sept (Bernama-Sputnik) — Perayau (rover) Chandrayaan-3 India telah menyelesaikan tugasan semasanya di Bulan dan ditetapkan dalam mod tidur sehingga 22 Sept, menurut Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO), lapor Sputnik.

“Misi Chandrayaan-3: Rover telah menyelesaikan tugasannya.

“Ia kini diletakkan pada mod tidur… Pada masa ini, bateri dicas sepenuhnya. Panel solar berorientasikan untuk menerima cahaya matahari seterusnya yang dijangka pada 22 Sept, 2023,” menurut ISRO pada Sabtu.

Organisasi itu juga menyatakan harapan bahawa rover akan memenuhi tugasan selanjutnya.

Sekiranya berlaku kegagalan untuk kembali ke mod aktif, ia akan berfungsi sebagai “duta lunar India”, tambah IRSO.

Pada 23 Ogos, India menjadi yang pertama di dunia yang berjaya mendaratkan kapal angkasa — modul Chandrayaan-3 dengan rover bulan — di Kutub Selatan Bulan.

Difahamka, kejayaan pendaratan Space Research Organization’s berlaku selang beberapa hari selepas kapal angkasa Rusia yang dalam perjalanan sama telah gagal lalu terhempas di permukaan bulan.

Kegagalan itu merupakan kemunduran terbesar bagi agensi angkasa lepas Rusia yang dikenali sebagai Roscosmos.

Kejayaan pendaratan Chandrayaan-3 merupakan kejayaan besar bagi negara itu untuk bersaing dalam mendapatkan pengaruh dalam bidang kosmos.

Terdahulu,  hanya tiga buah negara dalam sejarah yang dilaporkan berjaya melakukan pendaratan bulan yang terkawal. Tiga negara tersebut adalah Amerika Syarikat, China dan bekas Kesatuan Soviet.

Sumber: BERNAMA

BACA: India Lancar Misi Bercita-Cita Tinggi Untuk Kaji Matahari

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.