Berkesan, Lelaki Ajar Cara Makan Buah Manggis Tanpa Kotorkan Tangan
Kalau makan buah manggis, tangan pasti akan menjadi kotor dan mulut pula comot kerana terkena kulit serta isi buah tersebut.
Sebenarnya terdapat langkah mudah yang boleh mengelakkan tangan kita kotor apabila makan buah manggis.
Menerusi satu video yang dimuat naik oleh @fathullnajmi ia memaparkan cara bagaimana untuk memakan buah manggis tanpa mengotorkan kedua-dua tangan.
Kebiasaannya orang ramai pasti akan membuka buah tersebut dengan meletakkan manggis di dalam kedua telapak tangan dan tekan dengan sekuat hati.
Pun begitu, cara tersebut tidak salah namun ia akan mengotorkan kedua-dua telapak tangan.
Jelas Fathul, apa yang perlu dilakukan adalah dengan melihat kedudukan tangkai tersebut dan selepas mengenal pasti kedudukannya, hadapkan tangkai itu ke hadapan.
“Yang pertama sekali, kita tengok tangkai buah itu ke arah mana.
“Tangkai itu condong, jadi kita letakkan tangkai condong itu menghadap hadapan,” katanya.

Langkah seterusnya ialah meletakkan ibu jari kanan pada tangkai tersebut dan tindihkan dengan ibu jari sebelah kiri sebelum menekannya dengan kuat.
“Kemudian, letakkan ibu jari di tangkai itu dan tekan daripada atas.
“Manggis itu akan terbuka di bahagian tepi dan apabila ia telah terbuka, tekan lagi ibu jari tersebut,” katanya.


Tekanan kali kedua adalah untuk memastikan kulit manggis itu terbuka dengan luas sebelum ia dikupas.
Fathul kemudiannya mengopek kulit tersebut dan membuang lebihan kulit yang menutupi isi manggis itu.

Untuk memakan buah tersebut, Fathul turut menunjukkan langkahnya dengan menarik tangkai manggis ke atas supaya keseluruhan isi manggis dapat dikeluarkan.
Selalunya, ramai yang akan makan isi daripada kulit namun menurut Fathul ada langkah senang yang boleh digunakan untuk memudahkan kita menikmati keseluruhan isi buah itu.
“Pegang tangkai buah kemudian tarik. Jadi tangan tidak kotor,” ujarnya.
Selepas isi dikeluarkan, orang ramai boleh makan buah tersebut dengan satu suapan tanpa perlu mengotorkan tangan.


BACA: Bagi Dua Kerdipan Je, Cara Nak Tegur Pemandu Nyalakan Lampu Kereta
Cara pilih buah manggis yang elok
Dalam pada itu, Fathul turut menjelaskan cara untuk memilih buah manggis yang sedap dan manis.
“Kalau nak pilih buah manggis yang elok dan okay, lihat di bahagian tampuk.
“Kalau masih hijau seperti ini, masih okay. Tetapi kalau sudah kering seperti ini, ia sudah lama.
“Pastikan tampok buah masih lagi hijau,” jelasnya.

Katanya, saiz turut memainkan peranan untuk memastikan isi buah tersebut sedap untuk dimakan.
“Yang kedua, saiz kena sedang-sedang atau kecil sahaja. Jangan lagi besar daripada ini (buah yang dipegang).
“Kalau lagi besar daripada ini (buah yang dipegang) kemungkinan dalam (isi) ada yang keras dan akan ada yang kuning.
“Tetapi kalau kecil seperti ini, biasanya isi akan cantik, putih dan elok,” katanya.

@fathullnajmi Cara Makan Buah Manggis Tanpa Kotorkan Tangan #carabukamanggis #buahmanggis #makanbuahmanggis #carabukabuahmanggis #manggis
Sumber: @fathullnajmi/TikTok