Cuit Hati Ramai, Satu Keluarga “Sporting” Adakan Perbarisan Merdeka Tema Kartun
Pada tanggal 31 Ogos lalu telah berlangsung Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-66 yang menyaksikan suasana kemeriahan bermula seawal ambang kemerdekaan.
Tahun ini menyaksikan sambutan hari kebangsaan itu diadakan di Dataran Putrajaya. Pelbagai acara dan pertunjukkan menarik yang berlangsung dari awal pagi hingga sebelum tengah hari itu.
Antaranya termasuklah perarakan kontinjen daripada pelbagai unit, pertunjukan pesawat udara, terjunan payung terjun oleh komando terlatih dan banyak lagi.
Semangat Patriotik jelas terserlah dalam diri rakyat yang datang seawal malam ambang kemerdekaan dengan memenuhi ruangan tempat duduk dan sepanjang jalan Putrajaya. Meskipun hujan turun dengan agak lebat pada malam tersebut, orang ramai tidak berganjak dari tempat duduk mereka.
Keluarga Adakan Perbarisan Sempena Merdeka
Sementara itu, kemeriahan acara tahunan itu juga tidak kurang hebatnya apabila tular perbarisan yang dipercayai bersempenakan sambutan tersebut dengan tema kartun.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nurjasnita di aplikasi TikTok, perarakan dipercayai disertai oleh tujuh keluarga dengan pelbagai tema kartun yang berbeza.
Perarakan dimulai dengan keluarga pertama dengan tema siri animasi SpongeBob SquarePants, diikuti Teenage Mutant Ninja Turtles, The Smurfs, Iron Man, Batman dan dua pakaian bertemakan haiwan seperti harimau dan panda.

Setiap keluarga mempunyai maskot masing-masing mengikut tema yang dipilih.

Suasana diceriakan dengan gelak tawa setiap pasukan yang berjalan di sepanjang jalan kecil yang berjarak 50 meter. Pada bahagian hadapan, jelas tertera nama keluarga yang di bawa oleh salah seorang dalam pasukan.
BACA JUGA: Comel, Adik Ni Salah Sambut Laungan Merdeka, Teriak “Tadika..Tadika..Tadika” Jadi Viral
Meskipun sambutan Kemerdekaan itu bertemakan kartun, bendara Jalur Gemilang tidak dilupakan sama sekali. Bahkan ada yang mengenakan tudung bertemakan bendera Kebangsaan itu.

Reaksi Netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat kemesraan dan silaturahim yang terjalin dalam kalangan ahli keluarga terbabit.

Lebih menghiburkan, segelintir warganet menyifatkan ia seperti perbarisan rumah sukan dan mengajukan soalan siapakah pemenangnya?
Untuk makluman, video ini telah mendapat lebih 400,000 tontonan dengan lebih 33,000 tanda ‘Suka’ dan lebih 2,000 komen daripada pengguna.
@nurjasnita__ perbarisan family tema cartoon 🤪🫡 #suradigeneration #familyday #31ogos #kemerdekaan66🇲🇾 #fyp
Sumber: TikTok @nurjasnita__