Guna Penutup Periuk Je, Sofa Kotor Kelihatan Seperti Baru
Sofa merupakan barangan keperluan bagi sesetengah orang apabila menghuni sebuah rumah, kerana ia menjadi tempat untuk istirahat ketika menonton televisyen atau untuk menyambut tetamu datang.
Bagaimanapun, pemilihan sofa memainkan peranan penting dalam kehidupan kerana ia adalah barangan perabot yang akan digunakan dalam jangka masa yang panjang.
Kalau pada zaman dahulu, wanita terutamanya mak-mak akan memilih perabot kayu jati kerana mahu mengelakkan kerusi tersebut meninggalkan kesan yang tidak dapat dibersihkan.
Namun semuanya bergantung kepada pilihan masing-masing dan semestinya buat mereka yang memilih sofa terpaksa bekerja keras sedikit dalam menjaga perabot mereka.
Kerja keras yang dimaksudkan di sini ialah perlu membersihkannya sekerap yang mungkin supaya kesan kotoran tidak menjadi kekal di sofa tersebut.
Walau bagaimanpun, terdapat satu cara yang berkesan untuk menghilangkannya sekiranya sofa anda terkena kotoran.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @aryacahyaoktaviaΒ ia menunjukkan cara bagaimana untuk membersihkan sofa yang kotor.
Jelasnya, cara tersebut amat berkesan walaupun kotoran yang lekat di sofa itu adalah kotoran yang ada bertahun lamanya.
Hanya menggunakan tuala microfiber bersaiz kecil, penutup periuk yang mempunyai pemegang dan sabun basuh pinggan, kotoran di sofa dapat dibersihkan.
Tip yang dikongsikan oleh Arya ini sangat senang untuk dibuat kerana bahan-bahannya sememangnya tersedia ada di rumah.
Mari ketahui caranya di bawah ini.
BACA: Ini Rupanya 5 Trik Penutup Tangki Minyak Yang Ramai Tak Tahu
Tip hilangkan kotoran pada sofa
Bahan-bahan yang diperlukan:
Tuala microfiber bersaiz kecil
Penutup periuk yang mempunyai pemegang
Besen
Sabun pencuci pinggan
Air panas
Cara-caranya:
Ikat tuala microfiber itu pada penutup periuk dengan ketat supaya ia tidak jatuh.


Kemudian, tuangkan cecair sabun pencuci pinggan sebanyak tiga hingga empat sudu di dalam satu besen.
Selepas itu, isi air panas dalam besen tersebut dan kacau bahan-bahan itu.


Setelah itu, ambil penutup periuk yang dibalut dengan tuala microfiber itu dan celupkan dalam bancuhan sabun itu tadi.
Genggam penutup periuk yang dicelupkan dalam bancuhan itu dan gosok pada permukaan sofa yang kotor.Β


Lakukan sebanyak yang mungkin sehingga kotoran di sofa itu hilang.
Setelah siap, biarkan ia kering di bawah kipas dan sofa boleh digunakan kembali.
Yang bagusnya, tip ini membuatkan sofa anda kelihatan seperti baharu! Jadi tidak perlu risau lagi sekiranya sofa kotor terkena makanan dan sebagainya.
Selamat mencuba.
@aryacahyaoktavia Cobain cara bersihkan sofa yang lagi viral di video2 orang luarπ , aku gak nyangka loh baru aja bersihin sofa pake tutup panci masak wkwkwkwkw π€π€π€ , Kalo orang luar tuh pakenya detergen cair yang bentuk tablet gt, tapi karena aku gak ada, coba pake sunlight eh bisa bersih juga ternyata πππππ»ππ»ππ»ππ»ππ» Lumayan kan bisa jadi jalan ninja kalo misal besok tamu mau dateng dan belum cuci sofa π€ Karena aku gak punya vacum basah juga jadi habis di cuci gini aku kipasin seharian paginya udah bersih dan kering ππππππ #tips #tipsbersihkansofa #cleanninghack #tipsrumahtangga
Sumber: @aryacahyaoktavia/TikTok