Siakap Keli
Hasil Menabung 7 Tahun
Kredit TikTok/@bifoty_camper

Hanya Simpan 50 Sen, Lelaki Kongsi Berjaya Kumpul Lebih RM5,000 Hasil Menabung 7 Tahun

Hanya Simpan 50 Sen, Lelaki Kongsi Berjaya Kumpul Lebih RM5,000 Hasil Menabung 7 Tahun

Menabung merupakan salah satu aktiviti atau perbuatan yang hampir dilupakan oleh generasi zaman sekarang ini.

Peribahasa ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ sangat dekat dengan aktiviti menabung kerana anak-anak perlu dididik untuk menabung sejak dari kecil lagi.

Apabila anak-anak sudah didedahkan dari awal, maka mereka dengan sendiri akan mula menabung tanpa perlu disuruh oleh ibu bapa.

Menabung perlu dilakukan dengan konsisten mengikut kemampuan individu seseorang itu.

Hasil daripada menabung yang konsisten pasti akan mendapatkan hasil yang lumayan.

Seperti perkongsian daripada seorang pengguna TikTok yang bernama @bifoty_camper ini. Dia telah berkongsikan hasil tabungannya selama tujuh tahun.

Menurut perkongsian lelaki itu, tabung yang digunakan adalah sebuah botol minuman isian semula yang besar.

Berdasarkan muat naik video itu, seorang lelaki dilihat cuba mengeluarkan duit syiling 50sen itu dari botol tersebut.

Disebabkan ia tidak boleh dikeluarkan dengan sekali gus, lelaki itu dilihat memotong botol tersebut menggunakan gergaji besi.

Kredit TikTok

Hasilnya, botol itu telah terpotong dua dan duit syiling tersebut berjaya dikeluarkan dan dikira oleh pemilik tabung berkenaan.

Hasil tabungan selama tujuh tahun itu berhasil menyimpan sebanyak RM5360.00.

Duit yang dimasukkan ke dalam tabungan adalah bernilai hanya 50 sen baharu dan lama. Malah ia juga tidak dicampur oleh mana-mana duit syiling dalam nilai yang berlainan.

Kredit TikTok

Proses pengiraan tabung itu dikatakan mengambil masa selama tiga jam dengan bantuan seramai empat orang.

“Total RM5360.00 hasil simpan semua duit 50sen. Tak ada duit 10sen atau 20sen. Ambil masa tiga jam baru siap kira dengan tenaga empat orang tukang kira. Alhamdulillah,” tulis kapsyen muat naik tersebut.

Perkonsian video itu telah mengundang komen yang pelbagai daripada pengguna media sosial tersebut. Antara komen yang ditinggalkan adalah:

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

“Patulah lama aku tak jumpa 50sen, dekat sini rupanya,” tulis seorang netizen bergurau.

“Bestnya dapat kumpul banyak-banyak macam ni,” tulis seorang lagi netizen yang memuji pemilik tabung tersebut yang berjaya menabung sehingga dapat hasil sebanyak itu.

“Nak kira duit tu, kalau saya sampai esok tak siap,” tulis seorang lagi netizen yang bergurau melihat hasil tabungan tersebut.

@bifoty_camper

Total RM5360.00 hasil simpan semua duit 50sen..takde duit [email protected] masa 3jam baru siap kira dengan tenaga 4org tukang kira🤣 alhamdulillah.. #menabung #duitsyiling #50sen #alhamdulillah

♬ original sound – Bifoty camper🏕 – Bifoty camper🏕

Sumber: TikTok/@bifoty_camper

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.