Lelaki Selamba Bawa Lembu Sado Naik Kereta Diarah Berhenti
Seorang lelaki di Nebraska yang memandu kereta di sebuah jalan raya dengan membawa seekor lembu jantan Watusi di bahagian tempat duduk penumpang diberhentikan polis.
Memetik Independent, Polis dari Bahagian Norfolk telah mendapat panggilan aduan berkenaan perkara itu kira-kira 10 pagi waktu tempatan pada Rabu lalu.
Pemandu kereta itu dikatakan sedang memandu ke timur di Lebuhraya 275 dengan lembu sadonya itu.
“Pegawai menerima panggilan aduan berkenaan sebuah kereta yang dipandu menuju ke bandar dengan seekor lembu didalamnya,” kata Kapten Polis, Chad Reiman kepada News Channel Nebraska Northeast.
“Mereka menyangka ia hanya anak lembu yang kecil atau sesuatu yang muat di dalam kenderaan itu,” tambahnya lagi.

Dalam rakaman video yang diperolehi, lembu jantan berwarna hitam putih itu dinamakan sebagai Howdy Doody.
Haiwan itu dilihat menaiki kereta kecil yang telah diubah suai untuk membawa haiwan itu di tempatnya.
Sisi kereta di bahagian penumpang itu juga dipasang dengan besi pagar yang biasanya diletakkan di kandang lembu.

Diberi surat amaran
Susulan kejadian aneh itu, polis Norfolk kemudiannya mengarahkan kereta tersebut untuk berhenti.
“Pegawai mengarahkan kereta untuk berhenti atas sebab pelanggaran peraturan lalu lintas yang berlaku,” kata Kapten Reiman kepada pemberita.
“Terdapat beberapa isu yang boleh disebut dengan situasi itu. Pegawai memilih untuk menulis amaran kepadanya dan memintanya untuk membawa haiwan itu pulang ke rumah dan meninggalkan bandar,” tambah Reiman.

BACA: Seram, Wanita Rakam Kucingnya Bersikap Aneh Sebelum “Catwheel” Tiba-Tiba Bergerak Sendiri
Menurut The Cattle Site, lembu jantan Watusi ialah lembu domestik bertanduk panjang yang hidup di Lembah Nil pada 4,000 SM.
“Lembu ini yang dikenali sebagai Egyptian atau Hamitic Longhorn telah muncul dalam piktograf di piramid Mesir. Selepas 2,000 tahun, Egyptian Longhorn telah berhijrah bersama pemiliknya dari Sungai Nil ke Etopia.
“Penghijrahan itu kemudiannya turun ke bahagian selatan Afrika,” tulis penjelasan dalam laman web tersebut.
Sumber: Independent