Berapa kali korang beli barang basah setiap bulan? Dan berapa ringgit pula korang keluarkan setiap kali berbelanja? Bagi keluarga yang besar, min percaya perbelanjaan dapur boleh mencecah ratusan ringgit setiap kali membeli-belah.
Dengan peningkatan kos sara hidup, pasti ramai yang terkesan terutamanya mereka yang mempunyai pendapatan sederhana. Selagi boleh berjimat, kita jimat sehingga hujung bulan. Ada yang merebut cashback apabila berbelanja, kumpul mata ganjaran dan tebus hadiah percuma setiap kali ada tawaran.
Kali ini, Siakap Keli akan kongsikan cara untuk korang dapatkan pulangan tunai setiap kali membeli barang keperluan rumah setiap bulan. Dah alang-alang kita ‘restock’ barang, kan bagus kalau setiap sen dikeluarkan tu dapat memberi pulangan tambahan, kan?
Beli barang basah, dapat baucar isi minyak
Sempena ulangtahun MYDIN yang ke-66, korang berpeluang mendapat pulangan tunai atau cashback setiap kali berbelanja minimum RM120 di MYDIN. Melalui kempen Belanja & Fuel Good MYDIN ini, korang hanya perlu membeli barang jenama terpilih di MYDIN dalam satu resit dan bayar menggunakan Setel.
Setelah membuat bayaran, korang akan menerima resit dengan kod baucar bernilai RM6.60 untuk ditebus ke dalam e-wallet Setel. Hanya perlu masukkan kod tersebut pada ruangan ‘Top Up’ untuk menebus ganjaran. Duit tu bolehlah buat isi minyak.
Bukan itu sahaja, korang juga berpeluang mendapat RM6.60 baucar MYDIN apabila mengisi minyak RM50 di Petronas menggunakan aplikasi Setel. Sebaik bayaran dibuat, korang akan menerima notifikasi untuk menebus baucar.
Caranya, korang hanya perlu tekan ‘Rewards > MYDIN Voucher > Redeem Now’ dan baucar MYDIN pun tersedia. Mudah, kan? Bolehlah terus shopping di MYDIN.
Untuk makluman, kempen ni berlangsung sehingga 17 Oktober 2023 di semua cawangan MYDIN seluruh Malaysia. Jadi jangan lepaskan peluang!
Setiap bulan kita belanjakan beratus ringgit untuk keperluan harian. Rugi lah kalau tak manfaatkan peluang yang ada untuk dapatkan lebih banyak pulangan, kan? Untuk maklumat lanjut, follow Facebook rasmi MYDIN di sini.