Siakap Keli
birmingham muflis
Kredit AFP

Dibebani Hutang, Bandar Birmingham Isytihar Muflis

Dibebani Hutang, Bandar Birmingham Isytihar Muflis

LONDON- Bandar kedua terbesar Britain, Birmingham diisytihar muflis pada Selasa selepas terbeban dengan hutang.

Memetik CNN, Majlis Bandaraya Birmingham yang menyediakan perkhidmatan untuk lebih satu juta orang telah memfailkan notis Seksyen 114 tersebut pada hari Selasa.

Notis itu dibuat bagi menghentikan semua perbelanjaan kecuali perkhidmatan yang dianggap penting sahaja.

Defisit itu timbul disebabkan oleh kesukaran membayar antara sekitar USD816 juta (RM3.8 bilion) dan USD954 juta (RM4.45 bilion).

Bandar itu kini menjangkakan akan mengalami defisit USD109 juta (RM46 juta) bagi tempoh tahun kewangan 2023 hingga 2024.

Dalam pada itu, Sharon Thompson, Timbalan Ketua Majlis, memberitahu ahli majlis bahawa bandar itu sedang menghadapi ‘isu yang berpanjangan termasuk kebimbangan liabiliti gaji yang bersejarah’.

Thompson juga menyalahkan sebahagian Parti Konservatif UK yang memerintah.

Beliau mendakwa bahawa kerajaan Konservatif telah mengambil dana Birmingham bernilai USD1 bilion.

“Kerajaan tempatan sedang menghadapi masalah yang gawat. Majlis sedang menghadapi cabaran kewangan yang tidak pernah berlaku pada sebelum ini.

“Dari segi peningkatan besar dalam permintaan penjagaan sosial dewasa, pengurangan dramatik dalam pendapat kadar perniagaan hingga kepada kesan inflasi,” kata Thompson.

Ahli Majlis dinasihat menguruskan belanjawan mereka sendiri

Sementara itu, jurucakap Perdana Menteri UK, Rishi Sunak memberitahu wartawan pada semalam: “Ahli majlis yang dipilih perlu menguruskan belanjawan mereka sendiri.”

“Penglibatan mereka secara kerap untuk tujuan itu telah menyebabkan kebimbangan mengenai pengaturan tadbir urus mereka.

“Ketua majlis juga diminta untuk memberi jaminan berkenaan penggunaan terbaik wang daripada pembayar cukai,” tambah jurucakap itu.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Pemimpin majlis, John Cotton memberitahu BBC bahawa model pekerjaan baharu akan dibawa ke majlis untuk menangani bil tuntutan gaji yang sama.

Bandar kepelbagaian budaya itu adalah yang terbesar di tengah England.

Bandar itu pernah menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun lepas dan dijadualkan mengadakan Kejohanan Olahraga Eropah pada 2026.

Sumber: CNN

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka