Siakap Keli
beli rumah "subsale"
Gambar: Bernama

Elak Jadi Mangsa Kecuaian Pemilik Lama, Buat 4 Langkah Ni Dulu Sebelum Nak Beli Rumah “Subsale”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Elak Jadi Mangsa Kecuaian Pemilik Lama, Buat 4 Langkah Ni Dulu Sebelum Nak Beli Rumah “Subsale”

Setiap daripada kita pasti menginginkan rumah sendiri lebih-lebih lagi mereka yang sudah berkahwin dan mahu memulakan kehidupan baharu.

Rumah merupakan satu aset penting. Sudah tentu jual beli pemilikan rumah memerlukan proses dan memakan tempoh waktu yang agak lama lebih-lebih lagi rumah itu pernah didiami (subsale) sebelum ini serta melibatkan campur tangan pihak ketiga.

Oleh itu, bagi orang ramai yang bercadang untuk mempunyai sebuah rumah melalui pembelian Subsale, ikuti perkongsian seorang ejen hartanah, Zam Sani di bawah agar anda tidak menyesal di kemudian hari.

Semoga bermanfaat.

Rumah Subsale

Gambar: Bernama

Ingatkan selamat dah. Pemilik baru pulak kena saman Majlis. Ceritanya begini.

“Saya ON bang, rumah pun cantik dah siap ubahsuai, tak perlu buat apa dah” kata klien.

Satu hari aku dapat call, klien cakap dia kena kompaun dengan pihak majlis sebab kesalahan pemilik rumah sebelum ni buat renovation tanpa pelan. Tergamam aku sekejap. 

Aku terus call pemilik, dan pemilik sahkan memang tak masuk pelan pun masa ubahsuai panjangkan dapur tu. “Alamak, macam mana nak setel ni bang” aku cakap. Masing-masing diam je. 

BACA JUGA: Nak Beli Rumah Pertama? Hadam 7 Tips Ini Dahulu

“Tapi bang, ini kesalahan dan kecuaian pemilik lama. Bukan salah saya. Boleh tak saya tuntut ganti rugi dengan dia?” desak pembeli.

Saya pun call peguam tanya, apa nak buat untuk selesaikan masalah ni. Peguam beritahu, selepas ‘kedua-dua pihak’ tandatangan perjanjian jual beli (SPA), pemilik dah terlepas dari segala liabiliti dan rumah dijual dalam keadaan ‘as where it is basis’.

Nak tak nak pembeli terpaksa tanggung kerugian akibat di kompaun majlis. Sebab pemilik lama boleh bangkitkan pembelaan sebagaimana terkandung dalam perjanjian SPA bahawa rumah dijual atas dasar seperti sedia ada.

Kegembiraan asal dapat rumah diubahsuai sepenuhnya akhirnya jadi mimpi ngeri. Bunyi macam tak adil kan? Macam undang-undang kampung? Tak semena kita pula dikompaun.

Secara jujurnya, memang saya tak jangka benda ni akan berlaku kat saya dan klien. Nasihat saya, buat yang nak beli rumah subsale WAJIB buat langkah ni. 

Langkah Pembelian Rumah Subsale

1. Buat semakan dengan pelan asal jika rumah ada buat tambahan atau ubahsuai.

2. Bandingkan pelan asal (SPA Pemaju) dengan susun atur yang terkini.

3. Jika ada perbezaan susun atur, mohon pemilik asal kemukakan salinan Pelan Lulus PBT.

4. Wajib ada surat lulus dan Pelan Lulus. Mungkin Pemilik Lama ubahsuai tanpa ikut Pelan Lulus.

Nasihat saya buat anda yang nak beli rumah subsale yang ada ubahsuai pastikan pemilik ada pelan kelulusan majlis.

Ingat kos roboh bukan murah ya. Kadar antara RM100-150 sekaki persegi. Selain anda terpaksa bayar denda/kompaun biasanya 10-20 kali ganda jumlah fi permohonan ke PBT.

Lumrah hidup, bila kita lalai tanpa ilmu, inilah kerugiannya. Asbab tak ambil tahu, mahal harga yang perlu dibayar. 

Takkan lah anda kena cuci ‘tah1’ pemilik lama? Tak nak bukan?

Sumber: Facebook Zam Sani

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.