“Bahagian Sisi Lagi Cepat,” Lelaki Kongsi Trajektori Serangan Buaya
Buaya merupakan sejenis haiwan pemangsa yang aktif berburu di dalam air dan paling ditakuti oleh ramai manusia dan haiwan lain.
Teknik memburunya yang menghendap lalu menyerang telah menyebabkan ia menjadi pemangsa yang paling digeruni.
Buaya mampu menyerang mangsanya dengan pantas dari dalam air hanya sekelip mata sahaja.
Namun begitu, pemangsa ini tidak begitu aktif apabila berada di daratan dan sering berehat apabila berada di atas tanah.
Bagaimanapun, jika anda menemui pemangsa ini sedang berehat di atas tanah jangan cuba untuk mendekatinya.
Ini kerana haiwan tersebut masih berada di dalam ‘mode’ berjaga-jaga dan sentiasa bersedia untuk menyerang.
Justeru seorang pengguna TikTok ini telah berkongsikan di mana kawasan bahaya atau ‘red zone’ haiwan ini ketika dia berada di atas darat.
Seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama sebagai @bangbuya_ ini adalah merupakan penjaga buaya di Taman Buaya Melaka.
Menurut lelaki itu, buaya tidak akan menyerang anda selagi ia tidak disentuh atau diusik.

Buaya apabila di atas darat dikatakan menyerang lebih pantas pada sudut sisi kiri dan kanan kepalanya berbanding di hadapannya.
“Tindak balas buaya bahagian sisi lagi cepat dari hadapan,” tulis kapsyen muat naik video tersebut.
Lelaki itu juga sempat menunjukkan pergerakan buaya itu apabila ia diusik atau dikacau.
Lelaki itu dilihat cuba mengusik buaya itu menggunakan sebatang buluh kecil di bahagian kaki kanannya.
Respon yang diberikan sangat pantas

Setelah diusik, haiwan itu dengan pantas berpaling ke arah objek yang digunakan tersebut.
Perkongsian itu telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada pengguna media sosial tersebut. Antara komen yang ditinggalkan adalah
BACA: Ketahui ‘Red Zone’ Buaya Apabila Berhadapan Dengan Pemangsa Ganas Itu
Reptilia buaya merupakan sejenis pemangsa yang aktif berburu di dalam air
“Dah belajar sesuatu. saya mohon kongsi ya,” tulis seorang netizen yang baru mengetahui mengenai perkara itu.
“Betul la bang, mantap. Ilmu yang sangat berguna. Salam dari Sabah,” tulis seorang netizen yang mendapat ilmu baharu daripada lelaki tersebut.
“Walaupun bang dah pesan jangan terkejut, saya tetap terkejut juga,” tulis seorang netizen yang terkejut apabila melihat reaksi buaya itu.
@bangbuya_ Tindak balas buaya bahagian sisi lagi cepat dari hadapan #bangbuya #bangbuyatalk #bangbuyalive #jkkj #gengbuya #education
Sumber: TikTok/@bangbuya_