Kereta Dilaporkan Hilang Di Kanada Ditemui Di Ghana
Kereta yang dilaporkan telah dicuri di Kanada akhirnya telah ditemui oleh wartawan CBC News di Ghana, Afrika Barat selepas setahun kecurian tersebut dilaporkan.
Memetik CBS News, wartawan telah menemui berpuluh-puluh kenderaan lain dengan beberapa daripadanya mempunyai plat lesen Kanada.
Selain itu, penemuan tersebut turut disertai dengan dokumen pendaftaran wilayah dan insurans yang masih di dalam kotak.
Kesemua kereta itu dilaporkan telah dicuri di Ontario dan Quebec yang merupakan bandar-bandar di negara Kanada.

Menurut laporan oleh Persatuan Pembiayaan dan Pajakan Kanada, pada 2021 terdapat lebih 27,000 kenderaan dicuri di sekitar bandar Ontario.
“Sebahagian besar daripada kereta itu dibawa keluar dari negara ini,” kata Det. -Sgt. Mark Haywood dari Polis Wilayah Peel.
“Sekitar 80 peratus daripadanya telah dibawa keluar melalui pelabuhan,” tambah Mark lagi.
Pada 2022, polis dan syarikat insurans berkata kecurian kereta di Kanada bernilai bilion dolar dan ia tidak pernah dilihat pada sebelum ini.
Syarikat industri insurans memberi amaran agar membeli pakej insuran premium bagi kenderaan yang menjadi sasaran pencuri.

“Tidak dinafikan bahawa isu kecurian kenderaan telah menjadi salah satu krisis nasional di negara ini,” kata Terri O’Brien, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Equite Association.
Equite Association adalah sebuah syarikat yang menyiasat penipuan insurans bagi pihak ahli syarikat insuran di negara tersebut.
Sumber polis memberitahu CBC News bahawa kumpulan penjenayah yang besar dan terancang bertapak di Montreal.
Kes itu menjadi sangat menguntungkan dan melibatkan kumpulan lain yang kurang berkemahiran.
Difahamkan, kes pecah rumah dan serangan ganas untuk mendapatkan kenderaan dan kunci juga dikatakan terus meningkat.
Modus operandi pencuri adalah dengan menandakan kereta yang menjadi sasaran pada siang hari menggunakan penjejak GPS.
Kemudian pada waktu malam, mereka akan menjejaki kenderaan yang sudah ditanda dan mula menjalankan kegiatan mencuri kenderaan tersebut.
Kereta yang dicuri itu seterusnya akan dimasukkan ke dalam kontena perkapalan dan dialihkan dengan trak atau kereta api ke Pelabuhan Montreal lalu dimuatkan ke kapal.
Kenderaan yang dicuri sering dihantar ke Afrika dan Timur Tengah di mana negara seperti Nigeria, Emiriah Arab Bersatu, Israel dan Republik Demokratik Congo menjadi pilihan.
Kereta itu akan dijual di atas talian dan kadangkala ditemui dalam iklan atas talian dengan plat lesen Kanada masih berada pada kenderaan tersebut.
Penemuan berpuluh-puluh kenderaan yang dicuri di Ghana dikatakan pernah disita oleh pihak berkuasa.
Beberapa kenderaan yang lain juga ditemui di lot jualan kereta, di tempat letak kereta yang lain.
@cbcnews Auto theft in Canada amounts to a “national crisis,” according to an insurance industry group that investigates fraud. And police sources tell CBC News nearly all stolen cars are exported by organized criminal gangs based in Montreal. The vehicles are often destined for Africa and the Middle East — including countries like Nigeria, United Arab Emirates, Israel and the Democratic Republic of the Congo. But it was in Accra, the bustling capital of Ghana, where CBC News located dozens of stolen vehicles. Many had been seized by authorities while others were found in car sales lots, parking lots and beyond. One car once belonged to Len Green. We awoke him at his Toronto home with the news that his vehicle that was stolen a year ago is now in West Africa. #Autocrime #CarTheft #Canada #WestAfrica
Sumber: CBC News