Siakap Keli
orang utan pony
Kredit BOSF

Dirantai Dan Dijadikan Hamba Seks, Orang Utan Bernama Pony Trauma Dengan Lelaki

Dirantai Dan Dijadikan Hamba Seks, Orang Utan Bernama Pony Trauma Dengan Lelaki

Seekor orang utan yang dirantai di atas katil, dicukur setiap hari serta dipaksa melakukan hubungan seks dengan lelaki selama bertahun-tahun dikatakan masih lagi trauma dengan kisah silamnya.

Memetik Mirror UK, haiwan bernama Pony itu telah ditangkap dan dilayan sebagai pelacur oleh penculiknya.

Penderaan yang menyakitkan itu berterusan selama bertahun-tahun sebelum dia akhirnya diselamatkan.

Pasukan penyelamat mendapati badan Pony telah dicukur dan dipenuhi dengan kesan gigitan yang menyakitkan.

Haiwan itu dilaporkan telah dirantai di atas katil dan dirogol berulang kali oleh ramai lelaki.

Yayasan Survival Orangutan Borneo (BOSF) berkata: “Tak disangka, Pony diperlakukan sebagai pelacur. Lelaki sanggup membayar sejumlah wang kepada pemilik rumah untuk melakukan hubungan seks dengannya.”

Kredit BOSF
Kredit BOSF

Pony dipercayai berusia enam tahun ketika diselamatkan dan tidak diketahui dengan tepat berapa lama dia dijadikan seperti itu.

“Pemilik rumah enggan melepaskan Pony, Baginya, Pony adalah mesin duit dan sumber tuah,” tulis kenyataan BOSF itu lagi.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Pembebasan haiwan itu dilaporkan terpaksa menggunakan campur tangan pegawai polis dan tentera bagi memujuk pemilik rumah supaya membebaskan orang utan itu.

Pengalaman pahit itu telah memperlihatkan Pony dijadikan hamba seks oleh pelanggan lelaki dan ia dikatakan mungkin mengambil masa sedekad untuk memulihkannya.

Pony telah dibawa ke pusat Nyaru Menteng di Borneo, Indonesia bagi proses memulihkannya daripada seksaan itu.

Ketika di pusat itu, Pony tidak menunjukkan keinginan untuk meneroka dan tidak dapat mencari makanannya sendiri.

Sukarelawan, Michelle Desilets memberitahu Sun Online: “Sungguh sadis. Haiwan itu dijadikan hamba seks, ia sangat menggelikan. Ia pasti mengalami kesakitan yang amat sangat.”

Orang utan itu diselamatkan pada 2023 lalu.

Semasa proses pemulihannya, pekerja lelaki tidak dibenarkan mendekatinya kerana dia trauma dengan perlakuan kejam yang dialaminya.

Selepas 15 tahun, dia akhirnya berada dalam keadaan sihat dan dapat mencari makanannya sendiri di pusat pemulihan tersebut. Dia kini berada dalam kandang bersama tujuh orang utan yang lain.

Sumber: Mirror UK

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.