Doktor Ajar Teknik Untuk Buatkan Bayi Baru Lahir Berhenti Menangis
Buat mereka yang baru sahaja menjadi ibu, pasti akan merasai satu perasaan takut untuk menjaga bayi yang baru sahaja dilahirkan.
Perasaan takut itu bukan dimaksudkan dengan gelisah waktu tidur tidak teratur, tidak dapat makan makanan yang sedap sewaktu berpantang, tetapi lebih kepada penjagaan bayi.
Biarpun berpuluh-puluh buku mengenai kandungan telah dibaca dan dibeli, namun apabila tiba saatnya si kecil mula melihat dunia, semua perkara yang dibaca pasti akan lupa.
Bayi yang baru lahir memerlukan penjagaan rapi dan sebagai ibu, mesti mahu memberikan yang terbaik untuk anak-anak dan disebabkan itu akan mula berasa runsing kerana tidak tahu cara yang betul dalam menjaga bayi.
Pun begitu, buat para ibu di luar sana, janganlah membiarkan perasaan itu mengawal diri dan praktikkan sahaja perkara yang telah dipelajari dan diketahui kepada bayi anda.
BACA: Lelaki, Bayi Berusia 45 Hari Maut Nahas Dekat Pagoh
Teknik untuk buat bayi berhenti menangis
Artikel SK pada kali ini, lebih kepada menghilangkan kerisauan para ibu yang baru sahaja melahirkan anak, terutamanya buat mereka yang selalu berjaga malam kerana bayi menangis tidak mahu tidur.
Sebenarnya terdapat satu cara yang berkesan untuk memastikan bayi yang baru lahir itu lena dibuai mimpi.
Cara tersebut tidak memerlukan mainan atau barangan lain, hanya satu teknik sahaja mampu membuatkan bayi tersebut senyap.
Menerusi perkongsian @nrliyana96 di TikTok, teknik tersebut telah diajar oleh seorang doktor dan beliau turut menunjukkan contoh untuk membuktikannya berkesan.

Dalam video berdurasi 46 saat itu, Dr Tan dari Hospital Lam Wah Ee Penang berkongsi kepada orang ramai satu teknik yang telah dipraktikkan olehnya sewaktu menidurkan bayi.
Menurutnya, untuk membuatkan bayi berhenti menangis, para ibu mestilah meletakkan bayi mereka rapat di dada sambil tangan kanan memegang bahagian bawah badan bayi dan tangan kiri di bahagian kepala.

Posisi itu mengingatkan bayi semasa mereka berada di dalam perut ibu.
Sewaktu demonstrasi itu dijalankan, bayi yang tadinya menangis, dilihat tidak mengeluarkan suara (tangisan) selepas Dr Tan melakukan teknik tersebut.
“(Bayangkan) ini dalam perut kita, kita jalan macam ini jadi bayi (dulu) pun berada dalam posisi itu.
“Disebabkan itu, dia akan diam. Tengok dia diam,” katanya.
Cara untuk bangunkan bayi yang lapar susu

Dalam pada itu, Dr Tan turut berkongsi satu tips kepada para ibu yang mahu memberi susu badan kepada anaknya yang lapar namun si kecil itu telah melelapkan matanya.
Ujarnya, cara untuk membuatkan bayi terjaga adalah dengan menggoncangkan bayi tersebut secara perlahan-lahan dari atas ke bawah dan tolak ke hadapan beberapa kali.
Pastikan cara yang dilakukan itu dibuat secara perlahan dan tidak mengejutkan bayi itu.
“Tengok mulut dia dah buka, jadi bagi minum susu.
“Ini cara untuk bangunkan dia (bayi) dari tidur,” jelasnya.
@nrliyana96 Cara senyapkan baby newborn menangis . pencerahan dr Tan dari hospital Lam wah e Penang . #baby #newborn #newbornbaby #infobaby #momtobe #berpantang #ibuselepasbersalin #newbornbabycrying #parents #ilmuparenting #fyp
Sumber: @nrliyana96/TikTok