Siakap Keli
filem jawan 2023

Ini Sebab Filem Jawan Wajib Ditonton Tahun 2023

Ini Sebab Filem Jawan Wajib Ditonton Tahun 2023

Sebagai rakyat Malaysia, kita meraikan semua jenis filem tak kira dari negara mana pun datangnya filem itu asalkan ia berkualiti, menarik untuk ditonton dan ada nilai yang baik seusai kita keluar dari panggung.

Filem hindustan mahupun thamil juga sangat mendapat sambutan di Malaysia. Masih ingatkah kita kepada filem Kuch Kuch Hota Hai, Kabhi Kushi Kabhi Gham dan Mohabbatein yang pernah menjadi santapan mata kita hingga mengalir air mata?

Semalam selepas solat Maghrib, SK terlihat satu hantaran di FB review rakan maya SK mengenai filem Jawan. SK pun buat sedikit kajian rambang di Google, rupanya ini filem lakonan Shah Rukh Khan (SRK). SK pun periksa showtime di panggung wayang berdekatan dan ada masa tayangan jam 9.

Tanpa fikir panjang terus tempah tiket. Tak mampu sanubari SK menolak filem lakonan SRK sejak Kabhi Kushi Kabhi Gham. Selesai tontonan selama hampir 3 jam, ini pendapat SK mengenai filem Jawan. Ini hanya pendapat peribadi sebagai penonton biasa.

SK boleh katakan ini adalah antara filem terbaik yang ditayangkan tahun ini. Jawan mengisahkan seorang anggota tentera Vikram Rathore yang dikhianati oleh seorang taikun (Kalee) dan hilang tanpa jejak selama 30 tahun.

Ia ‘muncul’ semula dengan enam wanita dengan pelbagai kepakaran melakukan rampasan gerabak kereta api awam dan menuntut kepada kerajaan untuk membayar Rs400 juta. Anak perempuan Kalee juga ada dalam gerabak dan Kalee sanggup bayar Rs400 juta kepada Vikram.

Dah dapat duit itu, Vikram bayar semua hutang petani di negara itu dan semua petani gembira apabila mendapat SMS bahawa hutang mereka telah selesai. Vikram dianggap sebagai wira dalam kalangan rakyat. Kenapa Vikram buat macam tu? Macam mana dia akan balas dendam kepada Kalee? Boleh pergi tonton.

Apa yang best?

Ini Sebab Filem Jawan Wajib Ditonton Tahun 2023

98 peratus filem ini sangat menarik untuk ditonton. SK tak sabar nak tahu apa lagi akan berlaku seterus dan seterusnya dalam filem ini. Penuh dengan aksi, jalan cerita sangat kemas, suntikan elemen filem thamil juga dimuatkan, visual filem yang sangat cantik dan barisan pelakon yang sangat berkesan membawa watak.

Susah nak acari kelemahan filem ini. Mungkin ada beberapa efek letupan yang sedikit nampak cacat sahaja. Selain dari itu, semuanya boleh bagi lima bintang. Isteri Vikram lakonan Deepika Padukone salah satu watak yang sangat cemerlang membuat SK sebak dan nyaris mengalir air mata.

Salah satu sebab utama filem ini sangat tinggi kualitinya apabila ia mengenengahkan isu rakyat yang berlaku dan kerajaan nak buat kerja selepas ada desakan yang ekstrem sahaja.

Korang boleh pergi tonton filem ini. Tapi sayang, masa tayangan filem ini sangat terhad walaupun di panggung-panggung shopping mall utama. Mungkin kerana dihimpit filem-filem baru seperti Misi Bakara, The Nun dan Equalizer 3.

BACA JUGA!

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.