Lima Tahun Tak Berjumpa, Wanita Menangis Gembira Anak Buat “Suprise” Depan Kaabah
Sebuah video yang memaparkan aksi seorang anak lelaki memberi kejutan kepada ibunya di Baitullah tular di media sosial Indonesia.
Video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @santriviral menunjukkan seorang pemuda berlari menuju ke sekumpulan jemaah yang sedang bergambar.
Tujuan pemuda itu berlari adalah untuk memberikan kejutan buat ibunya yang merupakan salah seorang daripada jemaah tersebut.
Menerusi hantaran video itu, kumpulan jemaah itu dilihat sedang bersedia untuk menangkap gambar bersama sebagai kenang-kenangan.
Pemuda itu kemudiannya telah menyelit bersama kumpulan itu untuk bergambar.
Pada awalnya, ibu pemuda itu tidak menyedari kehadiran anak lelakinya itu.
Namun selepas gambar kedua ditangkap, baru si ibu perasan kehadiran anak lekakinya itu di dalam gambar tersebut.
Wanita itu kemudian dilihat cuba mencari anaknya dan akhirnya mereka bertemu dan berpelukan.

Kumpulan jemaah yang menyaksikan pertemuan dua beranak itu turut gembira dan menyapa pemuda itu.
Alangkah seronoknya si ibu sehingga melompat sambil memeluk anak lelakinya itu dan mengalirkan air mata.

Pemuda yang juga hafidz Quran itu turut dilihat berkomunikasi dengan pengawal dan beberapa individu menggunakan bahasa Arab.
Menurut kapsyen video muat naik tersebut, anak beranak itu sudah lima tahun tidak pernah bertemu.
Pemuda itu juga dikatakan sedang bekerja di sebuah Kolej Tahfiz di Pontianak, Indonesia.
“Viral, anak hafidz Quran 30 juz, 5 tahun tidak berjumpa. Akhirnya berjumpa di baitullah. Tiba-tiba ibunya sangat terharu dan gembira dengan kejutan kedatangan anaknya.
“Beliau merupakan seorang hafidz quran 30 juz mutqin yang sedang berkhidmat di salah sebuah pondok pesantren di Pontianak iaitu kolej Tahfidz Milenial Ashqaf & Maryam,” tulis kapsyen muat naik tersebut.
Muat naik video itu dengan pantas telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada pengguna media sosia tersebut. Mereka turut dilihat meninggalkan komen berkenaan pertemuan semula dua beranak itu.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Sungguh indah pertemuanmu kawan yang di saksikan oleh malaikat dan para nabi,” tulis seorang netizen.
“MaasyaAllah tabarakallah, mungkin berpisah sebab kerja, belajar atau berada di luar negara. Semua Allah yang aturkan pertemuannya,” tulis seorang netizen lagi.
“Beruntung kau bang beri kejutan dekat mak kau di Mekkah,” tulis seorang netizen yang memujinya.
@santriviral.id Viral seorang anak hafidz quran 30 juz 5 tahun tidak bertemu,sekali bertemu di baitullah, sontak ibunya sangat terharu dan gembira dengan suprise kedatangan anaknya itu… Beliau adalah seorang hafidz quran 30 juz mutqin yang sedang berkhidmat di salah satu pondok di pontianak yakni pondok tahfidz millenial ashqaf & maryam college. #ibu #viral #viralketemuibu #hafidzquran #baitullah🕋 #fyppage
Sumber: TikTok/@santriviral