Siakap Keli
remaja perempuan hilang
Kredit Facebook/Polis Daerah Ipoh

Polis Minta Bantuan Kesan Remaja Perempuan Hilang

Polis Minta Bantuan Kesan Remaja Perempuan Hilang

IPOH, 12 Sept (Bernama) — Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak tiga minggu lepas di Taman Chandan Desa, Kampung Kepayang, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata laporan kehilangan Nur Amira Abdullah, 16, yang bertubuh sederhana dan berkulit gelap, dibuat oleh abang angkatnya pada 21 Ogos lepas di Balai Polis Simpang Pulai, dekat sini.

Beliau berkata remaja tersebut telah keluar daripada rumah dan tidak pulang serta disedari hilang oleh abang angkatnya apabila pakaian remaja itu didapati tiada di rumah.

Baca: “Ada Masa Tapau Lagi Jimat,” Lelaki Kongsi Bajet Bulanan Keluarga, Siap Boleh Makan ‘Western’ Hujung Bulan

Katanya Nur Amira tidak membawa telefon bimbit pada hari kejadian dan tidak menghubungi mereka sehingga hari ini.

“Pada awal tahun ini juga remaja itu pernah hilang tetapi pulang ke rumah apabila ada orang jumpa dia, tetapi keluarganya (keluarga angkat) tidak membuat repot polis ketika itu,” kata Yahaya ketika dihubungi hari ini.

Justeru, orang ramai yang menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Sarjan Nurazliza Nordin di talian 019-2403992 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh (05-2451500) atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.