Siakap Keli
nenek kahwin lelaki muda
Kredit Detik.com

Setia Hingga Akhir Hayat, Nenek Tular Kahwin Dengan Lelaki Muda Meninggal Dunia

Setia Hingga Akhir Hayat, Nenek Tular Kahwin Dengan Lelaki Muda Meninggal Dunia

Kisah cinta pasangan tular yang berbeza umur 55 tahun berakhir selepas Nenek Rohaya yang berusia 77 tahun dilaporkan telah meninggal dunia, lapor Detik.com.

Sebelum ini, Rohaya yang lebih mesra disapa Nek Rohaya telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya iaitu Selamet Riyadi, 22, pada 4 Julai 2017 lalu.

Ketika itu, Selamet masih berumur 16 tahun, manakala Rohaya pula sudah berumur 71 tahun.

Pasangan itu menghabiskan sisa waktu mereka bersama dalam rumah tangga yang harmoni sebelum pemergian Nek Rohaya dilaporkan berlaku.

Sebelum ini, kisah pasangan ini menjadi bualan hangat selepas kedua-duanya saling cemburu dengan kegiatan masing-masing.

Perkara itu dikongsikan oleh isteri kepada ketua kampung tersebut yang dikenali sebagai Widiya Wati.

“Ketika itu Selamet datang ke rumah saya sehingga jam 23.30 WIB. Dia bercerita kepada ketua kampung. Rohaya menyangka Selamet mempunyai wanita lain di kampung,” kata Widiya.

Selain itu, Selamet juga mengakui bahawa dia pernah mengurung Rohaya di dalam bilik kerana tidak mahu isterinya itu bertemu lelaki lain.

“Ya, ia berkunci kerana saya takut ada lelaki lain masuk ke dalam rumah ketika saya membeli mi dan rokok. Tetapi apabila sampai di rumah, ia dibuka semula,” ujar Selamet malu-malu ketika baru berkahwin.

Kini Nek Rohaya sudah tiada, beliau meninggal dunia pada Rabu, 6 September 2023 kira-kira pukul 11.30 WIB.

Kredit Istimewa

“Meninggal dunia kerana usia sudah tua. Nek Rohaya sekarang berusia 77 tahun, sering sakit. Sakit biasa, dipanggil orang tua. Ada reumatik, sesak nafas. Boleh kata dia ada sakit komplikasi,” kata Amzal, saudara dan ketua kampung tempat tinggal Rohaya.

Menurut Amzal, sejak sebulan lalu, Rohaya sering ulang alik untuk mendapatkan rawatan pesakit luar dan suaminya setia menjaganya.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

“Dia sakit kira-kira sebulan. Semua penduduk di sini tahu kerana mereka adalah orang yang bermasyarakat. Mereka selalu memberitahu saya apa yang mereka alami,” katanya lagi.

Amzal turut menceritakan bahawa rumah tangga pasangan itu harmoni dan bahagia sejak enam tahun lalu selepas perkahwinannya pada 2017.

“Mereka bahagia sejak berkahwin. Perkara utama adalah keharmonian, mereka saling menyayangi. Dari kematian hingga dikebumikan, suaminya sangat sedih. Dialah yang paling sibuk menguruskan jenazah arwah.” cerita Amzal.

Sumber: Detik.com

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.