Siakap Keli
YB Muar hero rakyat Malaysia
Kredit BERNAMA

Tahniah Kepada YB Muar, Hero Rakyat Malaysia – YB Arau

Tahniah Kepada YB Muar, Hero Rakyat Malaysia – YB Arau

Ahli Parlimen dari blok pembangkang pada hari ini meluahkan rasa tidak puas hati mereka berhubung keputusan Speaker Tan Sri Johari Abdul, lapor Astro Awani.

Perkara itu mula dibahaskan oleh Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) menerusi usul tergempar yang dibawa oleh mereka.

Usul itu meminta penjelasan berkenaan pembebasan kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan kes yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Tuntut penjelasan Peguam Negara

Menurut Shahidan, mereka telah meminta agar Peguam Negara menjelaskan keputusan pembebasan tersebut selepas ramai yang sudah mula membuka mulut.

“Saya minta kerajaan meletakkan hala tuju kepada 47 kes ini (pertuduhan terhadap Ahmad Zahid), sama ada kerajaan nak tarik terus atau nak dakwa semula dan sebagainya.

“Atau kerajaan nak berpegang kepada prinsip menteri yang katakan pelantikan Peguam Negara itu dibuat oleh ‘orang kita’?

“Saya nak ucap tahniah kepada (Yang Berhormat) Muar (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman). Hero rakyat Malaysia sekarang ialah Muar. Ini hero rakyat Malaysia,” katanya.

“Yang Berhormat Arau, saya rekodkan amaran pertama. Duduk,” balas Timbalan Speaker Datuk Ramli Md Nor.

“Hero rakyat Malaysia ialah Muar, Syed Saddiq,” celah Shahidan lagi.

BACA: Kes Pinda Laporan Audit: Mahkamah Rayuan Kekal Pembebasan Najib, Arul Kanda

Perbahasan Dewan Rakyat kemudiannya bertukar panas selepas beberapa Ahli Parlimen dari blok kerajaan dan pembangkang mula bertikam lidah berkaitan usul tergempar itu.

Antara ahli Parlimen yang lantang bersuara adalah Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang). Seorang lagi adalah Datuk Awang Hashim (PN-Pendang).

Pada Ahad lalu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq telah mengumumkan penarikan dirinya daripada menyokong Kerajaan Perpaduan.

Keputusan itu berkuat kuasa serta-merta dan menjadi pembangkang kuasa ketiga dalam Dewan Rakyat.

Menurut Syed Saddiq, keputusan itu dibuat adalah disebabkan oleh Keputusan Peguam Negara yang mendorong keputusan mahkamah yang melepaskan tanpa membebas Ahmad Zahid.

Sebelum ini, mahkamah telah membebaskan Ahmad Zahid daripads 47 kes pertuduhan yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Sumber: Astro Awani

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.