Tular Kereta Tergantung Rempuh Tembok Parkir Di Tingkat Dua
Satu video yang memaparkan sebuah kereta MPV berwarna hitam hampir terjatuh dari bangunan dua tingkat telah tular di media sosial Indonesia.
Video tersebut telah menjadi tular selepas ia dimuat naik oleh pengguna TikTok @chikachiomafred pada 9 September lalu.
“Hampir terjatuh. Mujur tiada sesiapa dekat bawah yang ditimpa runtuhan tembok, hanya motosikal yang musnah,” tulis muat naik video tersebut.
Menerusi video tersebut, kereta jenis Suzuki Ertiga itu dilihat telah melanggar penghadang parkir dan hampir terjatuh ke tingkat bawah.

Namun begitu, mujur kereta tersebut tersangkut pada konkrit dan hanya tayar di bahagian belakang sudah keluar dari bangunan berkenaan.

Susulan kejadian itu, ia telah menarik perhatian orang awam yang berada di kawasan sekitar lokasi kejadian.
Beberapa orang awam yang berada di lokasi segera cuba membantu menarik kereta itu semula ke atas konkrit.
Sehingga kini, masih tidak diketahui bagaimana kejadian itu boleh berlaku.
Difahamkan bahawa tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku susulan kejadian tersebut.
Hanya beberapa motosikal yang berada di tingkat bawah mengalami kerosakan akibat dihempap tembok yang runtuh.
BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas
Menurut Pengarah Latihan Perunding Pertahanan Keselamatan Indonesia (SDI) Sony Susmana berkata, secara umumnya kejadian seperti ini sering berlaku kepada kereta jenis automatik.
“Kereta automatik mempunyai gear undur yang lebih spontan. Jadi apabila salah tekan pedal gas, kereta sering melompat atau sensitif. Ini bukanlah sesuatu yang boleh dikawal oleh pemandu pemula atau wanita,” kata Sony, pada Sabtu lalu.
Tambah Sony, sebelum pemandu menggerakkan tuil transmisi ke kedudukan R, kaki harus kekal dalam kedudukan siap sedia di hadapan pedal brek atau penutup brek.
“Angkat kaki perlahan-lahan dan kereta pasti akan meluncur tanpa menggunakan gas. Secara prinsipnya, mengundur kenderaan mesti dilakukan perlahan, tidak perlu tergesa-gesa atau panik,” ujarnya lagi.
Muat naik video itu sehingga kini telah ditonton melebihi 3 juta tontonan pengguna media sosial tersebut.
@chikachiomafred Hampir Terjun bebasssss…. Untung di bawah nya gak ada org yg tertimpa reruntuhan tembok cuma motor aja yg pd hancur
Sumber: Tribun News, TikTok/@chikachiomafred