Siakap Keli
Lukisan van Gogh ditemui
Kredit Arthur Brand/AFP

Lukisan Van Gogh Yang Hilang Dicuri Ditemui Semula

Lukisan Van Gogh Yang Hilang Dicuri Ditemui Semula

Seorang detektif seni Belanda telah berjaya mengembalikan lukisan Vincent van Gogh ke Muzium pada Selasa lalu selepas tiga tahun hilang dicuri oleh pencuri, lapor CBS News.

Detektif dikenali sebagai Arthur Brand atau ‘Indiana Jones of the Art World’ mengumumkan penemuan lukisan ‘The Parsonage Garden at Nuenen in Spring di akaun Instagram miliknya.

Brand kemudiannya telah bertindak memulangkan lukisan itu kepada pengarah Muzium Groninger.

“Hari yang hebat untuk semua pencinta Van Gogh di seluruh dunia,” tulis Brand.

Brande berkata, dia bekerja rapat dengan polis Belanda untuk mendapatkan semua lukisan yang dilukis olah van Gogh pada tahun 1884.

Lukisan itu dicuri pada 30 Mac 2020 pada hari lahir van Gogh dari muzium The Singer Laren, tempat ia diletakkan untuk pameran.

Pada hari kejadian, muzium itu telah ditutup bagi mencegah penularan Covid-19 pada ketika itu.

Polis berjaya menahan seorang suspek berusa 58 tahun pada 2021, tetapi lukisan itu masih tidak dapat dijumpai.

Brand tidak berkongsi butiran bagaimana lukisan itu boleh dijumpai olehnya.

Pengarah Muzium Groninger, Andreas Bluhm juga tidak menjelaskan secara terperinci mengenai penemuan itu.

“Muzium Groninger sangat gembira dan lega kerana hasil seni itu kembali. Ia kini berada dalam keadaan yang baik di Muzium Van Gogh,” kata Bluhm.

Dalam pada itu, karya seni itu juga akan diperiksa secara saintifik dalam beberapa bulan akan datang.

Muzium Groninger berkata, mereka berharap agar lukisan itu dapat dipamerkan semula tidak lama lagi.

“Lukisan itu telah mengalami kerosakan, tetapi pada pandangan pertama ia masih dalam keadaan yang baik,” tulis muzium itu.

“The Pasonage Garden at Nuenen in Spring” telah dilukis pada tahun 1884.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Ia adalah lukisan minyak di atas kertas yang menggambarkan seseorang yang dikelilingi oleh pokok dengan menara gereja di latar belakang.

Lukisan itu juga adalah satu-satunya karya van Gogh dalam koleksi Muzium Groninger.

Sebelum ini, detektif seni itu pada tahun 2017 memberitahu bahawa dia telah menjadi perantara dengan kumpulan pengganas, mafia dan pasaran gelap untuk menjejaki kerja seni yang hilang.

“Di satu pihak anda mempunyai polis, syarikat insuran dan pengumpul. Selain itu, ia juga mempunyai penjenayah, pencuri seni dan pemalsu. Jadi terdapat dua jenis dunia yang berbeza dan mereka tidak berkomunikasi.

“Jadi saya meletakkan diri saya di tengah dua dunia itu,” kata Brand berkongsi pengalamannya menjejaki karya seni yang hilang.

Sumber: CBS News

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.