Siakap Keli
bandar portugal dibanjiri wain merah
Kredit: X

Tangki Simpanan Pecah, Bandar Di Portugal Dilanda Banjir 2.2 Juta Liter Wain

Tangki Simpanan Pecah, Bandar Di Portugal Dilanda Banjir 2.2 Juta Liter Wain

Penduduk sebuah bandar kecil, São Lourenço de Bairro di Portugal berdepan detik-detik cemas apabila kawasan tempat tinggal mereka dilanda banjir wain, pada 12 September lepas.

Kejadian berkenaan dilapor berpunca apabila tangki simpanan minuman beralkohol tersebut di sebuah kilang penyulingan pecah.

Dalam rakaman video kejadian yang menjadi tular di media sosial, dapat dilihat jalan raya di kawasan berkenaan seolah-olah dilanda banjir kilat. Cecair wain berwarna merah itu dilihat melimpah dan mengalir laju menuruni kawasan jalan yang berbukit itu.

Menurut keterangan pada video tular, kejadian tersebut melibatkan dua tangki simpanan yang pecah. Isipadu wain yang membanjiri kawasan itu dipercayai sekitar 2.2 juta liter.

Susulan kejadian itu, kilang peyulingan berkenaan, Destilaria Levira telah membuat permohonan maaf kepada penduduk bandar itu yang terjejas.

 

Menurut laporan tempatan, tiada kecederaan dilaporkan akibat insiden berkenaan. Pihak bomba yang digegaskan ke kawasan tersebut berjaya melencongkan aliran minuman beralkohol daripada memasuki sungai ke kawasan lapang.

Dalam pada itu, wain-wain berkenaan berkemungkinan meresapi dan menjejaskan ruang bawah tanah rumah-rumah di kawasan tersebut.

Destilaria Levira memberi jaminan pihaknya akan bertanggungjawab sepenuhnya termasuk membayar kos kerosakan yang berlaku.

Setakat ini, punca bagaimana tangki penyulingan berkenaan boleh pecah masih dalam siasatan.

Bekalan wain berlebihan disebabkan kadar permintaan yang merosot

Kilang berkenaan memaklumkan bahawa bekalan wain yang berlebihan dalam simpanan berpunca daripada permintaan yang berkurangan.

Destilaria Levira menyifatkan lebihan bekalan wain ini sebagai satu krisis yang perlu dihadapi bagi sektor minuman keras.

Pada Jun lalu, Suruhanjaya Eropah mengambil maklum atas isu lebihan bekalan dan berkata, pihaknya akan menyokong langkah untuk menukar lebihan wain kepada bahan api bio.

“Sektor wain sedang dilanda masalah dari segi pengurangan kadar pengambilan berikutan inflasi semasa terhadap harga makanan dan minuman.

“Isu ini dikaitkan dengan hasil tuaian 2022 yang baik serta kesan daripada pasaran yang kurang memberangsangkan semasa wabak serta menyebabkan pengumpulan stok,” suruhanjaya tersebut berkata dalam satu kenyataan.

BACA: Siap Ada Taman Permainan & Hotel Kapsul, Terpukau Melihat Kemudahan Di Masjid MADAD

Sumber: NBC News

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma