Wanita Maut Disyaki Didera Suami
SHAH ALAM, 13 Sept (Bernama) — Seorang wanita meninggal dunia disyaki didera oleh suaminya di Jalan Bagan Sungai Janggut, Jeram pada 2 Sept lepas, kata Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa.
Beliau berkata pihak polis menerima maklumat daripada penolong pegawai perubatan tentang seorang wanita berusia 38 tahun yang tidak sedarkan diri disyaki telah meninggal dunia pada kira-kira 4 petang.
”Hasil pemeriksaan awal yang dibuat ke atas mayat mangsa oleh pihak hospital mendapati terdapat kesan kecederaan pada mayat mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata ekoran daripada maklumat itu, polis telah membuat tangkapan terhadap suspek iaitu suami mangsa berumur 35 tahun pada keesokannya dan ditahan reman selama tujuh hari bermula 4 Sept.
“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor hari ini untuk pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Sebelum ini media melaporkan, wanita warga emas yang maut dalam nahas membabitkan lapan kenderaan termasuk dua treler di Kilometer (KM) 164.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dalam perjalanan bersama keluarga menghantar cucu lelakinya mendaftar ke institut pengajian tinggi di Perlis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Ng Ah Thiam berkata keluarga itu yang terdiri sepasang suami isteri dan dua anak lelaki mereka bersama wanita warga emas berusia 76 tahun yang maut, dari Taiping, Perak menuju ke Perlis.
Sumber: BERNAMA
BACA: Sembilan Tahun Menanti Zuriat, Namun Anak ‘Pergi’ Dahulu