Achey Tampil Bantu “Repair”, Dapatkan Semula Motosikal Abang Foodpanda Yang Disita
Semalam kecoh di media sosial selepas motosikal seorang penghantar makanan Foodpanda disita oleh pihak berwajib Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Difahamkan, motosikal pemuda itu disita kerana cukai jalan kenderaan tersebut sudah tamat tempoh sejak Februari lalu.
Susulan kejadian itu, seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Aisar Khaled telah tampil ke hadapan dan membelikannya motosikal baharu.
Aisar telah membantu penghantar makanan itu dengan memberikan sebuah motosikal jenis LC.
Selepas pemberian Aisar itu, pelawak terkenal Achey turut memuat naik sebuah video yang menyatakan hasratnya untuk membantu pemuda tersebut mendapatkan motosikalnya semula.
Berdasarkan perkongsian vido Achey di TikTok, dia memberitahu bahawa pemuda tersebut telah dihubungi olehnya.
Achey juga sempat mengucapkan terima kasihnya kepada Aisar kerana sudi membantu pemuda berusia 26 tahun tersebut.
Menurut Achey lagi, pemuda itu bagaimanapun mengakui kesalahannya dan tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Dia mengaku salah sebab kesalahan road tax mati, cover rantai tak ada dan cermin sisi sebelah kiri tak ada,” terang Achey berkenaan kesalahan pemuda tersebut sehingga motosikalnya disita.
Tambah Achey lagi, motosikal tersebut kini berada di JPJ Senawang dan dia sendiri akan membantu pemuda itu untuk mendapatkannya semula.
Ia termasuk kos baik pulih mana-mana bahagian yang rosak dan sebagainya.
BACA: Aisar Khaledd Hadiahkan Abang Foodpanda Motosikal Baharu
“Saya dah bercakap dengan dia, kalau apa-apa kos nak ambil motosikal, nak buat semula jangan sampai keluar duit sendiri. Insya-Allah Tiara Candy sudi membantu,” kata Achey sebelum mengakhiri video tersebut.
@achey_kintangkintung Ok selesai… sabar rakyat malaysia… sentiasa positif yea.. kedua2 pihak jalankan tugas.. mana boleh kita bantu.. tak boleh kita doa jelahh.. #abangpanda #tiaracandy
♬ original sound – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG
Motosikal Rider Disita: LKM Tamat Tempoh, Tiada Insurans – JPJ
Terdahulu, satu rakaman yang memaparkan keadaan rider yang terpaksa berjalan kaki akibat motosikal disita telah viral di media sosial.
Dalam klip tersebut, rider yang memakai beg galas syarikat pernghantaran dan juga helmet itu masih meneruskan perjalanan di hadapan walaupun motosikalnya disita oleh pihak berkuasa.
Rider tersebut mengorak langkah meninggalkan kawasan sekatan jalan raya (SJR) yang dilakukan JPJ.
Sejak video berkenaan menjadi tular, ia menuai pelbagi komentar daripada netizen. Rata-rata meninggalkan komen yang berbelah bahagi dengan situasi yang terpaksa dilalui penghantar makanan berkenaan.
Sumber: TikTok/@achey_kintangkintung