Siakap Keli
puteri norway dukun
Kredit AFP

Puteri Diraja Norway Umum Bakal Berkahwin, Pilih Dukun Sebagai Teman Hidup

Puteri Diraja Norway Umum Bakal Berkahwin, Pilih Dukun Sebagai Teman Hidup

Puteri Norway, Martha Louise mengumumkan bakal berkahwin pada musim panas depan dengan pilihan hatinya yang dipercayai dukun bernama Derek Verret, lapor BBC.

Pengumuman itu turut mendapat restu olah Raja Harald V, bapa kepada Puteri Norway tersebut.

Raja Harald V telah mengucapkan tahniah kepada pasangan itu dan berkata bahawa Baginda gembira serta mengalu-alukan Verrett ke dalam keluarganya.

Sebelum ini, Puteri itu telah melepaskan tugas dirajanya pada tahun lalu demi menjalankan perniagaan perubatan alternatif yang dikongsi bersama tunangnya.

Verrett cukup dikenali kerana sering mempromosikan amalan perubatan yang tidak berasas.

Dukun tersebut mendakwa bahawa penyakit kanser adalah satu pilihan dan dia juga pernah menjual tangkal di dalam talian yang dikatakan mampu menghalang jangkitan Covid-19.

Manakala, Puteri Martha Louise pula mendakwa bahawa dirinya mampu berkomunikasi dengan malaikat.

Pasangan itu mengumumkan pertunangan mereka pada Jun 2022 lalu dan mendapat restu daripada Raja.

“Kami teruja untuk menerima Durek Verrett dalam keluarga dan kami tidak sabar untuk meraikan hari besar itu bersama mereka,” kata Raja dan Permaisuri Norway dalam satu kenyataan pada Rabu lalu.

Raja dan Permaisuri merestui hubungan

“Kami mendoakan yang terbaik untuk Martha dan Durek,” tambah kenyataan itu lagi.

Perkahwinan itu dikatakan bakal diadakan di bandar Geiranger, Norway berdekatan pantai fjord yang telah ditetapkan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.

“Kami amat gembira kerana dapat meraikan cinta kami di Geiranger yang indah. Ia amat bermakna bagi kami untuk mengumpulkan orang tersayang di tempat yang begitu kaya dengan sejarah dan alam semula jadi,” kata pasangan itu.

Difahamkan, Verrett akan berpindah ke Norway dan menyertai keluarga diraja tanpa memegang gelaran, lapor penyiar negeri Norway NRK.

Dukun Hollywood itu menggambarkan dirinya sebagai ‘Dukun Generasi Ke-6’ dan mendakwa dirinya telah bangkit daripada kematian.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Selain itu, dia juga mendakwa telah meramalkan serangan 9/11 di Amerika Syarikat dua tahun sebelum ia berlaku.

Verrett yang berbangsa Afrika-Amerika mengakui bahawa kepercayaannya mungkin tidak dapat diterima oleh sesetengah orang.

Di juga berpendapat bahawa kritikan yang sering diterimanya berkait dengan perkauman.

Sementara itu, Puteri Martha Louise telah mencetus kontroversi di Norway selama beberapa dekad kerana penglibatannya dalam rawatan alternatif.

Ia termasuk membuka sekolah yang bertujuan membantu orang ramai berhubung dengan malaikat mereka.

Puteri berusia 51 tahun itu telah dituduh menggunakan gelaran dirajanya untuk keuntungan kompetitif.

Justeru kenyataan istana yang dibuat pada November lalu mengatakan bahawa dia telah melepaskan gelarannya untuk membezakan peranannya sebagai kerabat Diraja Norway.

Raja Harald bagaimanapun telah memutuskan akan mengekalkan gelarannya dan Puteri itu juga bersetuju untuk tidak menggunakannya dalam usaha komersialnya.

Sumber: BBC

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.