Siakap Keli
JPJ Ganti Kamera AES
Kredit Media Sosial

Lama Dan Dah Rosak, JPJ Ganti Kamera AES Dengan Kamera AWAS

Lama Dan Dah Rosak, JPJ Ganti Kamera AES Dengan Kamera AWAS

Satu hantaran memaparkan gambar dan video sepasukan anggotan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang melakukan pemasangan satu objek berbentuk tiang hitam yang dipercayai kamera telah tular di media sosial, lapor Sinar Harian.

Pemasangan kamera itu dikatakan masih diperingkat ujian kesesuaian dan ketepatan oleh pihak JPJ.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Rospiagos Taha berkata, kamera itu dipasang bagi tujuan menggantikan beberapa unit kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).

Pemasangan itu dibuat bagi mengganti kamera sedia ada yang telah lama atau rosak di beberapa kawasan jalan raya.

“Ia masih di peringkat ujian kesesuaian dan ketetapan data yang dicerap.

“Ini bukan suatu perkara yang luar biasa. Mana-mana aset yang telah lama atau rosak perlu dibaiki atau diganti dengan yang baharu. Ia penting supaya kadar kemalangan di jalan raya dapat dikurangkan melalui pematuhan kepada had laju,” jelasnya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Pada Jumaat, beberapa telah tular dalam aplikasi media sosial seperti X termasuk WhatsApp memaparkan beberapa gambar tiang kamera tersebut.

Kerajaan bercadang menambah beberapa kamera AWAS

Pada 6 Jun lalu, kerajaan telah bercadang untuk menambah beberapa lagi kamera AWAS di beberapa kawasan.

Keputusan penambahan kamera yang dahulunya dikenali Automated Enforcement System (AES) itu adalah mengikut keperluan dalam jangka masa panjang.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, hal ini kerana kajian yang dijalankan oleh Institusi Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati pengguna sangat mematuhi peraturan tersebut.

Tahap pematuhan pengguna jalan raya terhadap peraturan had laju dan isyarat lalu lintas di lokasi kamera mencecah 99 peratus.

Tambahnya, penguatkuasaan kamera AWAS ini bukanlah bertujuan untuk memerangkap pengguna jalan raya.

Sebaliknya ia adalah untuk memastikan pengguna sentiasa mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.

Terutamanya di kawasan titik hitam yang merupakan lokasi kerap berlakunya kemalangan.

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka