Agoda mendedahkan destinasi penerbangan paling popular dalam kalangan pelancong Malaysia
MALAYSIA, 18 September 2023 – Sebagai rujukan bagi pelancong yang berlumba-lumba untuk bercuti ke luar negara untuk ke destinasi pilihan masing-masing, platform pelancongan digital Agoda berkongsi destinasi pilihan penerbangan tempatan dan antarabangsa bagi tahun 2023 setakat ini.
Di Malaysia, Singapura muncul sebagai destinasi antarabangsa paling popular dan Kuala Lumpur bergelar destinasi pelancongan tempatan utama. Ibu negara Thailand, Bangkok juga merupakan antara destinasi penerbangan antarabangsa paling popular, menurut data Agoda.
Berdasarkan data tempahan Agoda, empat daripada lima destinasi penerbangan antarabangsa paling popular terletak di Asia Tenggara, dengan Bangkok menduduki tempat pertama. Ini diikuti oleh Singapura yang berada di tangga kedua, Bandar Ho Chi Minh, Vietnam di tangga keempat, dan ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur di tangga kelima yang juga mewakili Asia Tenggara. Seoul, Korea Selatan memecahkan lima destinasi paling popular, dengan menduduki tempat ketiga destinasi penerbangan antarabangsa paling popular.
“Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada populariti bandar-bandar Asia Tenggara,” ujar Andrew Smith, Naib Presiden Kanan Pembekalan, Agoda.
“Bandar-bandar ini menampilkan lima metropolis sibuk dan sarat dengan budaya dan sejarah, latar kulinari yang menakjubkan dan kehidupan malam serba unik. Meskipun syarikat penerbangan memperluas lagi pilihan laluan dan jumlah penerbangan, saya tidak terkejut sekiranya destinasi-destinasi menakjubkan ini terus menjadi pilihan para pelancong pada masa akan datang.”
Dapatan pasaran Malaysia menunjukkan bahawa selepas Singapura, para pelancong dari Malaysia akan berlepas ke Bangkok dan Jakarta. Medan dan Bandar Ho Chi Minh juga melengkapkan kedudukan lima teratas. Penilaian ini jelas menunjukkan keutamaan para pelancong untuk perjalanan jarak pendek di dalam Asia Tenggara, dengan kesemua lima destinasi tersebut terletak dalam kategori itu.