Siakap Keli
air balancing mesin basuh
Gambar: TikTok @hairulvcool

Jangan Buang, Rupanya Ini Fungsi Air Dalam “Balancing” Mesin Basuh

Jangan Buang, Rupanya Ini Fungsi Air Dalam “Balancing” Mesin Basuh

Tidak dinafikan, urusan luar atau kesibukan kerja menjadikan mesin basuh satu pilihan dan barangan keperluan rumah. Bukan sahaja mudah, bahkan ia juga menjimatkan masa dan tenaga.

Bagaimanapun, sampai satu tahap, penggunaan mesin basuh anda pastinya akan mula “meragam” dengan pelbagai bunyi atau tidak berfungsi dengan baik.

Namun, ada juga bahagian yang anda merasakan ia seolah-olah rosak namun sebenarnya tidak. Oleh itu, penting untuk kita membezakan mana satu bahagian yang rosak atau masih berfungsi.  Sebagai contoh, balancing yang terdapat dalam mesin basuh.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa dalam bahagian berkenaan tersimpan air. Perkara ini membuatkan kita berfikir mesin basuh ‘masuk air’ disebabkan perkara itu.

Sehubungan itu, hari ini SK akan berkongsikan satu tips yang dikongsikan oleh HairulVcool dan mungkin masih ramai di luar sana yang tidak mengetahui perkara ini.

Jangan Buang Air Balancing

Menurut Hairul dalam video yang dimuat naik di platform TikTok, air dalam balancing bertujuan untuk memastikan mesin basuh tidak bergegar sewaktu ia mencuci pakaian.

Oleh itu, air yang terdapat pada bahagian berkenaan tidak boleh dibuang sewenang-wenangnya. Berdasarkan klip berkenaan, dia menunjukkan air keluar daripada bahagian tersebut selepas “dituang”.

BACA JUGA: Tak Perlu Upah Orang, Ini Cara Cuci Mesin Basuh ‘Front Loader’ Sendiri Di Rumah

“Ok nampak tak ini apa benda yang memancut-mancut ni?

So ini adalah air balancing, dan mesin basuh ini menghadapi masalah bergegar. Bila saya check, rupanya air dekat dalam ni (balancing) dah keluar, bocor atau dicungkil mungkin disebabkan dengar air di dalam,” ujar Hairul.

Jelasnya, dalam bahagian balancing mesin basuh sememangnya mempunyai air. Sekiranya ia dibuang, perkara itu akan membuatkan mesin basuh anda menghadapi masalah bergegar.

Semoga bermanfaat!

@hairulvcool

Jangan buang air yg ada dalam balancing ni! #kelashairulvcool #membaikpulihmesinbasuhdanpetisejuk #kotakinabalu #sabah #hairulvcool #fyp #kelasdiy #vcpro #mesinbasuhbergegar

♬ original sound – Hairul Vcool – Hairul Vcool

BACA JUGA: Mudah Sangat, Ini Tiga Langkah Nak “Reverse Parking” Bagi Yang Belum Mahir

Sumber: TikTok @Hairulvcool

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: