Siakap Keli
motor shopee

Lain Dari Yang Lain, Seller Ni Jual Motor Dalam Shopee, Pembeli Siap Boleh Lock Masa ‘Live’

Siapa sangka, dengan hanya bertanya soalan ringkas di dalam ruang sembang strim langsung (live), penonton terus membuat pesanan motosikal impian berharga RM9,999 ke atas dalam kempen 9.9 Hari Pembelian Hebat.

Selepas menonjolkan usaha yang meluas, syarikat pengedar motosikal Melaka, BLH Motor berjaya meraih populariti dan maklum balas positif dari peminat motosikal di Shopee.

Syarikat tersebut berjaya mengakhiri kempen tersebut dengan sukses selepas menerima jumlah tempahan melebihi 50 buah motosikal jenis 125cc ke 155cc, 15 kali ganda dari hari biasa sekali gus syarikat tersebut mencipta rekod sendiri.

Pada kempen tersebut, orang ramai dikatakan telah mengambil peluang menyambar baucar diskaun eksklusif di Shopee Live sebanyak RM999 pada 9 September serta RM799 pada 7 dan 8 September lalu.

Jurucakap BLH Motor berkata keputusan untuk melakukan strim langsung pada 9.9 dibuat selepas mendapati ramai penjual automotif turut menyertai saluran tersebut.

Tambahnya, walaupun ia adalah kali pertama mereka melakukan Shopee Live, syarikat tersebut telah meraih 17,000 keterlibatan pengguna dalam tempoh lapan jam melangsungkan strim langsung selama tiga hari. 

“Kami tak pernah terfikir untuk menjual motorsikal di strim langsung. Pengalaman tersebut memberi didikan yang menyeronokkan dan membuka mata kami.

“Shopee sentiasa memberi sokongan dan bimbingan yang membolehkan kami mengembangkan kecapaian pasaran dan menjual lebih banyak motosikal,” katanya.

Menurutnya, aktiviti strim langsung membantu syarikat membuat jualan dengan lebih meluas selain dapat berinteraksi dengan ribuan orang ramai yang berada di serata tempat.

Jelasnya, cara tersebut sangat efektif bagi pelanggan untuk menghubungi mereka dari rumah.

“Strim langsung adalah sama seperti menjual di kedai fizikal, cuma dengan kecapaian yang lebih besar, sambil menyediakan interaksi dan keterlibatan yang sama.

“Pembeli boleh berinteraksi dengan penjual melalui Shopee Live dari rumah dan ini cara efektif untuk pelanggan dalam talian berhubung dengan kami,” tambahnya. 

Dalam live tersebut, syarikat itu juga tidak melepaskan peluang menjelaskan mengenai ciri-ciri motosikal popular seperti Yamaha Y15ZR, Yamaha Y16ZR, Yamaha LC135, dan Yamaha Ego Avantiz.

Sementara itu, Ketua Pemasaran Shopee, Kenneth Soh berkata pihaknya turut gembira apabila penjual baru mencapai prestasi baik dalam saluran mereka.

Menurutnya, kejayaan BLH Motor membuktikan kehebatan Shopee Live, yang mengatasi pesanan hari biasa dan peniaga juga boleh menggunakan platform tersebut untuk mengembangkan perniagaan.

“Semakin ramai penjual Malaysia mendapati strim langsung saluran terbaik untuk menghasilkan keterlibatan, menggalakkan pembelian segera dan mendorong penonton untuk membeli, walaupun untuk barangan lebih mahal seperti motosikal.

“Tahniah kepada BLH Motor di atas pencapaian hebat untuk 9.9!” katanya.

BLH Motor merupakan pengedar motosikal untuk pelbagai jenis jenama seperti Yamaha, Honda, SYM, Benelli, Modenas dan WMoto, menyediakan khidmat dan pembaikan serta alat ganti.

Kalau nak tengok apa yang ada lagi di BLH Motor, boleh layari melalui pautan di sini.

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.