Mudah Sangat, Ini Tiga Langkah Nak “Reverse Parking” Bagi Yang Belum Mahir
Seperti sedia maklum, kebanyakan kereta sekarang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan seperti Lane Keeping Assist System (LKAS), Blind Spot Monitoring (BSM), Advanced Safety Assist’ (ASA) dan banyak lagi sensor yang dilengkapi pada bahagian kenderaan.
Peningkatan teknologi ini bertujuan untuk memastikan pemanduan kenderaan yang dibawa sentiasa berada pada kadar selamat. Bahkan ia juga memudahkan lagi pemilik kenderaan ketika memandu di jalan raya mahupun di luar kawasan pedalaman.
Meskipun dilengkapi dengan pelbagai teknologi yang canggih, namun masih ramai yang belum mahir dalam cara meletakkan kenderaan mereka di tempat parkir khususnya parkir belakang atau reverse parking.
Sewaktu pergi kawasan yang sempit atau mempunyai jumlah kenderaan yang padat misalnya pasar raya, tempat meletak kenderan, tentunya perkara ini akan menjadi masalah besar buat mereka.
Sehubungan itu, hari ini pihak SK akan berkongsi tiga langkah mudah untuk melakukan parkir belakang di tepi jalan.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari ikuti perkongsian Uncle Joe di bawah.
Tiga Step Buat Parking Belakang (Reverse Parking)
Menurut Uncle Joe, sebenarnya cara melakukan parkir belakang kereta mudah sahaja dan anda hanya perlu mengikuti tiga langkah ini.
1. Garisan Putih Selari Dengan Cermin Sisi
Sewaktu anda bergerak bersama kenderaan, pastikan cermin sisi kereta berada selari garisan putih dan berhenti.
2. Pusing Steering Habis
Selepas itu, anda perlu memusingkan steering kereta hingga habis sama ada kiri atau kanan bergantung pada posisi parkir kenderaan yang kosong.
Jika tempat letak kereta berada di sebelah tempat duduk penumpang, pusing steering ke arah kanan. Manakala jika parkir kosong berada di sebelah pemandu, pusing steering ke arah kiri.
BACA JUGA: Jangan Biar Sampai Haus, Ini Tips Periksa “Brake Pad” Kereta
Ketika ini, perhatikan cermin sisi kereta anda, sekiranya petak parkir kelihatan pada cermin dan berhentikan kenderaan.
3. Masukkan Gear Undur (Reverse)
Langkah ketiga adalah anda boleh menukar gear kepada gear undur atau reverse. Pastikan anda undur secara perlahan-lahan agar selamat.
@unclejoe_13 Reverse park kat tepi jalan….🤩🤩🤩 #rpk #rsm #naikbukit #zturn #sturn #ramp #tigapenjuru #parking #sideparking #parkingsisi #3penjuru #3penjuruparking #pusatlatihan #pusatlatihanmemandu #memandu #Berjaya #Plesen #Llesen #GDL #PSV #UncleJoe #kansenang #lesenmemandu #lesenkereta #lesenmemandumalaysia #lesen #sekolahmemandu #JB #johorbahru #larkin #berjayalarkin
Sumber: TikTok @unclejoe_13