Siakap Keli
kafe pekerja berusia
Gambar: TikTok @kemanafren

Tular Keunikan Kafe Dipenuhi Pekerja Berusia, “Vibe” Macam Makan Kat Rumah Nenek 

Tular Keunikan Kafe Dipenuhi Pekerja Berusia, “Vibe” Macam Makan Kat Rumah Nenek 

Sejak dari dahulu lagi, kafe atau warung kopi sentiasa menjadi tumpuan orang ramai, khususnya buat penggemar kopi. Lebih mengimbau nostalgia apabila dibentangkan dengan senaskhah surat khabar.

Pun begitu, seiring perubahan waktu, rata-rata kafe cuba membawa identiti masing-masing dengan pemilihan lokasi penjualan seperti di tengah-tengah sawah padi.

Bukan itu sahaja, ada juga kafe yang menampilkan dengan pelbagai lukisan jalanan atau membawa suasana klasik dan estetik iaitu gaya yang menjadi kegilaan remaja sekarang.

Sudah tentu dengan keunikan yang ditampilkan ini dapat menarik perhatian ramai pelanggan di luar sana. Jika diperhatikan, rata-rata pekerja kafe adalah golongan anak muda terutamanya yang baru sahaja menamatkan pengajian.

Namun, berbeza pula bagi sebuah kafe yang satu ini, tampil kelainan dengan menawarkan sebuah kedai kafe yang bakal membuatkan para pelanggan seperti pulang ke rumah nenek di kampung.

Sehubungan itu, hari ini SK akan membawa anda ‘menggembara’ ke sebuah kafe “Uma Oma” yang terletak di daerah Melawai, Jakarta Selatan.

kafe pekerja berusia
Gambar: TikTok @kemanafren

Uniknya kafe ini, mengenakan konsep klasik dan pekerjanya terdiri daripada wanita-wanita berusia antara 50 hingga 55 tahun. Nama “Uma Oma” juga membawa maksud “Rumah Nenek”.

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @kemanafren membawakan pengalaman tersebut.

BACA JUGA: Oyen Tunjuk Siapa ‘Taiko’ Taman, Kejar Anjing Sampai Bertempiaran Lari

Sewaktu memasuki pintu masuk kafe, pelanggan sudah disambut dengan senyuman nenek yang juga salah seorang pekerja kafe berkenaan yang lengkap berpakaian seragam.

kafe pekerja berusia
Gambar: TikTok @kemanafren

Bukan sekadar konsep, kafe ini turut menyediakan menu-menu Nusantara seperti Nasi Tegal, Nasi Pedas Bali dan Air Kopi Kesayangan Oma.

Disebabkan suasana yang tenang dan sepi dari riuh rendah manusia, kafe ini sangat sesuai untuk dikunjungi untuk mereka yang menginginkan terapi minda.

Pengunjung juga dapat ‘menyelami’ sejarah latar belakang kafe itu dengan lebih mendalam melalui sudut info yang disediakan.

Menariknya, hasil keuntungan Uma Oma turut dikongsikan kepada Rumah Tua dan Pusat Asuhan.

Salah seorang pekerja di situ yang dikenali sebagai Oma Rustinah berkata dia sangat suka bekerja di situ.

“Saya tak rasa macam tengah bekerja tapi macam tengah bertemu cucu-cucu. Di sini, boleh borak-borak, kalau duduk saja dekat rumah rasa bosan dan akan sakit-sakit,” katanya.

kafe pekerja berusia
Gambar: TikTok @kemanafren

Reaksi Netizen 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen melontarkan pelbagai komen berbaur sebak.

Sebahagian mereka berkata kafe berkenaan seolah-olah mengubati rindu terhadap nenek mereka. Ada juga yang bersemangat untuk pergi merasai suasana di kafe berkenaan.

kafe uma oma

@kemanafren

Kalo biasanya ngebahas tempat dengan vibes “rumah”, orang sering bilang, “Berasa main ke rumah nenek.” Nah, di @umaomacafe bener-bener langsung ngehadirin neneknya👵🏼 Kalo kata Oma Rustinah, “Saya nggak kayak lagi kerja, tapi kayak lagi ketemu cucu-cucu Oma aja. Bisa ngobrol, kalo di rumah malah sakit dan makin cepet pikun.” Ada 3 lantai. Buat yang pengin makan berat ataupun nyemil dan ngopi santai langsung gasin aja fren. Jangan lupa sapa Oma ya, Cu! 📍 Uma Oma, Melawai, Jakarta Selatan #umaomacafe #melawaiblokm #hiddenplacejakarta #coffeeshopjakartaselatan #kemanafren

♬ original sound – kemanafren – kemanafren

Sumber: TikTok @kemanafren

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: